Anekdot: Tak Nak Kahwinlah Macam Tu

Cikgu Muzz
By -
0

“Mama, Papa bagi duit belanjakah tu?” tanya Hariz sambil menjeling mamanya yang sedang membuka sampul dan mengira wang pemberian Papa sebentar tadi.

“Ya, sayang. Nanti, bila dah besar, dah kahwin nanti, Hariz pun kena bagi isteri Hariz duit belanja,” Mama tersenyum memandang anak bujang.

“Tapi kenapa Hafiz tak dapat pun?”  Hafiz si kecil berumur enam tahun mencelah.

“Memanglah, Hafiz tu budak kecil lagi.  Mama dengan Papa kan suami isteri, Jadi papa kenalah bagi nafkah dekat Mama,” terang Hariz seraya memegang bahu adik bongsu.

“Hah, Hafiz pun kalau dah kahwin nanti kena bagi nafkah dekat isteri tau,” Mama mengusik.

“Hurmmm, kalau macam tu, tak jadi kahwinlah. Habis duit Hafiz!”


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!