Kata ganda ialah perkataan yang terbentuk melalui proses mengulang atau menggandakan kata dasar. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Salah |
Betul |
Penjelasan |
lemah-longlai
|
lemah longlai
|
Lemah
longlai ialah kata majmuk yang bermaksud gerak berliuk-liuk yang elok dan
bukannya kata ganda. |
sayur mayur |
sayur-mayur |
Sayur-mayur
ialah kata ganda dan dengan itu memerlukan tanda sempang kerana perkataan
“mayur” tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. |
sampah-sarap |
sampah sarap |
“sarap”
bermaksud kotoran seperti debu yang halus-halus. Ini bermakna perkataan
“sarap” boleh berdiri sendiri. Maka, “sampah sarap” ialah kata majmuk yang
bermaksud pelbagai jenis sampah dan bukannya kata ganda. |
kerusi kerusi |
kerusi-kerusi |
Semua
perkataan yang mengalami penggandaan penuh dieja dengan menggunakan tanda
sempang. |
mengucar-kacirkan |
mengucar-ngacirkan |
Perubahan
huruf k kepada huruf ng bagi kata ganda berentak turut berlaku
pada kata selepas tanda sempang semasa proses pengimbuhan sekiranya kata
tersebut juga bermula dengan huruf yang sama. |
kertas
kerja-kertas kerja |
kertas-kertas
kerja |
Penggandaan
kata nama majmuk dieja secara terpisah dan hanya perkataan pertama yang perlu digandakan. |
suruhan-suruhanjaya |
suruhanjaya-suruhanjaya |
Untuk
kata majmuk yang dieja bercantum (kata majmuk mantap), seluruh perkataan
perlu digandakan. |
daun-daun yang
berguguran |
daun yang
berguguran |
Imbuhan
ber-…-an membawa maksud jamak. |
UJI
MINDA
Petikan di bawah ini mempunyai beberapa perkataan yang perlu digandakan. Kenal pasti perkataan tersebut dan berikan gandaan yang sesuai.
Intan Sarafina berlari anak menuju ke rumah Tok Penghulu. Ketika itu, Tok Penghulu sedang duduk di anjung rumah sambil membaca surat khabar. Beliau terkejut melihat Intan Sarafina yang bergegas memasuki pekarangan rumahnya. Gadis itu nyaris terlanggar pasu bunga yang terletak di tepi pintu rumahnya. Nafasnya termengah. Apabila dia mula bercakap suaranya putus. Menurut Intan Sarafina, ibunya yang sering sakit itu sudah tidak sedarkan dirinya.
Berikut dinyatakan kesalahan umum penggunaan kata ganda dalam ayat. Kesalahan-kesalahan kata ganda berikut merupakan antara aspek popular yang sering diuji dalam peperiksaan SPM.
Salah |
Betul |
Penjelasan |
Semua murid-murid sedang berhimpun
di dewan sekolah. |
Semua murid sedang berhimpun
di dewan sekolah. |
Jika kata
bilangan seperti semua, beberapa, banyak, dan sebagainya digunakan,
kata selepasnya tidak perlu digandakan kerana kata bilangan tersebut sudah
membawa maksud jamak. |
Anak-anak Che Ta hasil
perkahwinan terdahulu sudah besar-besar belaka. |
Anak Che Ta hasil
perkahwinan terdahulu sudah besar-besar belaka. |
Oleh sebab kata ganda
seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif sudah membawa maksud jamak,
kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak perlu digandakan. |
Taman perumahan mewah itu
dipenuhi pepohon-pepohon rendang. |
Taman perumahan mewah itu
dipenuhi pepohon rendang. |
Kata ganda separa
yang membawa maksud jamak seperti pepohon dan dedaun tidak
boleh digandakan. |
Norman Hakim
memanggil-manggil nama anaknya berkali-kali. |
Norman Hakim
memanggil-manggil nama anaknya. |
Kata ganda
berimbuhan memanggil-manggil sudah membawa maksud berulang-ulang. Oleh
itu, kata berkali-kali tidak perlu lagi digunakan. |
Berbagai projek akan
dilaksanakan di kawasan itu. |
Berbagai-bagai projek akan
dilaksanakan di kawasan itu. |
Kata ganda
berimbuhan yang menyatakan makna bilangan tidak tentu tidak boleh
disingkatkan. |
Sebagai jiran tetangga,
kita perlulah saling tolong-menolong. |
Sebagai jiran tetangga,
kita perlulah tolong-menolong. |
Kata ganda
berimbuhan tolong-menolong sudah membawa maksud ‘saling’. Oleh yang
demikian kata saling tidak
diperlukan lagi dalam ayat tersebut. |
Jalan itu sangat
licin-licau apabila dibasahi hujan. |
Jalan licin-licau apabila
dibasahi hujan. |
Kata ganda
bersajak licin-licau sudah membawa maksud ‘sangat’. Oleh itu, kata
penguat seperti sangat atau sungguh tidak diperlukan lagi dalam
ayat tersebut. |