Judul:My King Penulis:Anna Lee Penerbit: Prolog Media Tahun: Mei 2025 Bilangan
Halaman: 503
muka surat Intro: PBAKL 2025. Ya,
My King karya Anna Lee yang terbaharu ini merupakan salah sebuah buku yang saya
beli sempena PBAKL 2025. Beli dalam talian sahaja. Lagi jimat. Jimat duit
pengangkutan. Jimat duit penginapan. Jimat duit makan minum. Jimat penat nak
bersesak dengan lautan manusia. Banyak betul jimatnya. Hahaha. Kali terakhir
jejak kaki di PBAKL, 13 tahun lepas, iaitu 2012. Cepat betul masa berlalu. Seperti dalam intro
ulasan novel sebelum ni, memang kadar bacaan semasa sangat-sangat perlahan. Jadi
jangan hairan kalau novel yang dibeli 10 tahun lepas pun masih ada yang berbalut
plastik tidak disentuh lagi. Tak tahu bila nak habiskan bacaan. Dilemanya bila
tak beli terlepas. Bila dah tak ada stok dan tiba-tiba rasa nak baca; buku
preloved pun harga betul-betul Yahudi. Jadi, yang mana rasa teringin di jiwa
beli dululah, boleh juga claim cukai. Opsss! Berbalik kepada
intro My King, saya tak baca blurb. Tak baca ulasan orang lain. Tak baca komen
orang lain. Tak pernah nak hubung kait kewujudan sebilah pedang pada kulit
hadapan dan jalan cerita yang akan dipaparkan. Seketul nama Anna Lee tidak
memerlukan semua itu. Kenapa? Sebab hebatnya karya beliau berjudul Mesej;
sampai sekarang boleh tik tok tik tok dalam kepala akan jalan ceritanya. Nak dipendekkan
cerita. Dalam kekalutan sebuah urusan dalam segmen kerjaya ini saya capai juga
My King sebagai buku pertama koleksi PBAKL 2025 untuk dibaca. Bila baca tu.
Alamak! Dongeng! Hahaha... Last saya baca dongeng rasanya belum kerja lagi.
Hahaha. Tapi kita layankan saja... Ulasan: Apabila membaca
karya fiksyen yang berbentuk dongeng ini pembaca memerlukan daya imaginasi yang
cukup tinggi. Setiap latar tempat yang dipotretkan daripada sebesar-besar
istana sehinggalah ke tempat terpencil seperti dapur atau laman perlu dibina elok-elok
dalam pemetaan fikiran. Ini penting supaya perjalanan watak-watak itu hidup. Walaupun
dah lama tak layan cerita dongeng tapi tak susah mana pun nak cipta semua
bayangan itu dalam minda. Sebab apa? Sebab dunia khayalan dunia impian. Hahahaha... Cerita ini
tentang Putera Mahkota Naqeem anakanda kepada Raja Aulid yang tersepit antara
rasa cinta yang berputik kepada gadis biasa bernama Liora dan tanggungjawab
sebagai seorang putera yang mahu dikahwinkan dengan Puteri Nerissa demi masa
hadapan negara Auralis. Itulah persoalan pokok yang menjadi tunjang kepada
naskhah ini. Untuk menghidupkan
jalan cerita ini adalah watak-watak sampingannya dan subplot untuk
mengembangkan cerita. Setiap satu babak dalam novel ini diperincikan dengan
agak terperinci. Mungkin penulis mahu memberikan peluang kepada pembaca untuk
membina imaginasi dengan agak baik ketika membaca setiap lembaran novel ini. Jujurnya ulasan ini
ditulis selepas beberapa bulan My King habis dibaca. Ada bahagian memang dah
lupa dan hilang dalam ingatan. Samar-samar dalam ingatan keterujaan atau
debaran membaca novel ini memuncak ketika semakin di penghujung. Ketika itu
terlintas dalam hati, ada banyak persoalan belum selesai, bolehkah semua itu
dirungkai. Malang betul nasib, rupanya My King ini ada sambungan. Sudahnya
tergantung cerita kena tunggu My Queen pula. Tak perasan betul perkataan
Bahagian 1 pada tulang buku. Kalau tahu awal, sumpah memang tak nak baca lagi,
biar tunggu ada sambungan dia keluar baru khatam sekali. Jadi, disebabkan
ceritanya belum ada penamat sempurna, ulasan novel My King ini pun setakat
inilah saja jawabnya... Kesimpulan: