Judul: Zeanissa Penulis: Emmiyya Penerbit: Ink Loaf Publication Tahun: September 2024 Bilangan
Halaman: 507
muka surat Intro: Emmiyya. Satu
nama yang agak janggal bagi saya dalam dunia novel. Mungkin sebab saya jarang
membeli novel-novel daripada penulis-penulis yang saya sudah biasa membaca
karya mereka. Eksplorasi dengan karya penulis baharu mungkin agak menarik dalam
15 tahun lepas. Kini, nak baca sebuah novel dengan ketebalan biasa-biasa pun
mengambil masa yang agak lama. Masa. Ya, masa menjadi kekangan utama lantaran
kerjaya menuntut pelbagai pengorbanan termasuklah mengabaikan membaca dan dunia
khayalan yang menjadi hobi sejakzaman
kanak-kanak. Emmiya saya kenal
ketika berkunjung ke kedai buku Hasani. Jalan-jalan dan belek-belek satu demi
satu novel di rak, mata terpaku pada sebuah novel. Tajuknya Remedi Buat
Emmaline. Kulit hadapannya ringkas dengan patung mannequin tak cukup sihat
dengan rekaan baju yang tergantung padanya. Terus menggambarkan tentang satu
kerjaya iaitu pereka fesyen yang mahu ditampilkan oleh penulisnya. Saya belek
muka belakang membaca blurb. Menarik. Terus saya gapai dan beli. Bawa balik
masuk dalam rak dah berapa tahun dah ni masih tak baca... Tahun lepas saya
ada membeli satu lagi karya Emmiya. Tajuknya Zeanissa. Walaupun buku Remedi
Buat Emmaline belum baca tapi entah kenapa karya penulis ini yang terkini pada
ketika itu tetap rasa nak beli. Mungkin sebab nama judulnya pelik. Kali ini
saya tak mengambil masa yang lama sangat. Suku awal 2025, Zeanissa sudah habis
khatam, walaupun tergantung seketika kerana kekangan masa. Dan selepas itu,
semua buku fizikal terdahulu karya Emmiya saya cari dan beli; termasuklah karya
baharu beliau berjudul Masihkah Ada Kita? terbitan Ink Loaf. Ulasan: Novel Zeanissa ini
boleh dikatakan agak tebal namun ringan kerana menggunakan craft paper yang
berwarna coklat. Kalau dulu masa kecil buku warna coklat ni langsung tak
menarik pandangan. Namun semakin dewasa kertas ini sebenarnya lebih tebal dan
ringan; sesuai kalau nak bawa ke mana-mana atau nak baca sambil baring-baring,
tak adalah rasa lenguh tangan. Awal-awal membaca
memang rasa dramatik sangat. Rasa betul-betul macam tengah tonton drama bersiri
dekat kaca TV. Sisi keangkuhan pada Zeannisa dan perwatakan Eldar yang tidak
kurang egonya. Masing-masing berlaga dan tak mahu mengalah. Ada orang komen di
Goodreads bahawa permulaan novel Zeanissa ni agak slow. Tapi bagai saya, agak
enjoy tenggelam dalam kerjaya kedua-dua watak utama yang dipotretkan oleh
penulis. Sudah menjadi
salah satu kegemaran saya membaca tentang kerjaya dan selok-belok pekerjaan
yang dilakukan oleh watak-watak dalam sebuah karya fiksyen. Sama ada fakta atau
sekadar imaginasi penulis semata-mata; bab itu kita tolak tepi. Yang penting
rasa seronok dapat menyelami dunia kerjaya ‘orang’ lain walaupun sekadar
fiksyen dan di dalam buku picisan yang bernama novel pop. Makanya, saya
sangat selesa dengan watak Zeanissa sebagai orang korporat dan ahli perniagaan
yang berjaya. Begitu juga dengan watak Eldar sebagai penerbit rancangan televisyen.
Daripada penerbit rancangan aduan rakyat sehingga menjadi penerbit program hiburan;
di situ pun sudah ada mainan cerita yang dilukis penulis yang memang terjadi dalam
dunia realiti sekarang. Apa dan bagaimana; kenalah baca sendiri... Apabila nak
mengulas selepas empat atau lima bulan baca rasa macam susah pula nak recall
nama-nama watak.Namun, antara yang agak
saya suka ialah watak ibu bapa Eldar. Entahlah suka sangat. Tidak melulu, tidak
marah-marah, tidak memaksa, tidak meletakkan anak dalam situasi yang sulit, tidak
menghukum dan tidak cepat menghakimi seseorang. Just perfect. Bila jumpa bab
watak-watak ibu bapa Eldar ini langsung saya teringat akan drama-drama Turki;
tentang watak-watak sampingan dalam drama Turki yang begitu hidup lakonan dan
fungsi kewujudannya dalam sesebuah jalur cerita. Macam itu jugalah saya rasakan
tentang watak sampingan ini dalam novel Zeanissa. Bayangkan sudah 4-5 bulan
berlalu, walaupun nama wataknya saya sudah lupa tetapi kesan ingatan daripada
bacaan tetap ada! Suatu yang saya
setuju dengan pembaca lain yang menulis komen di Goodreads adalah tentang
perjalanan menuju penamat cerita yang terasa seperti agak tergesa-gesa. Entah memang
begitu atau disunting untuk dipendekkan ketebalan buku. Tak tahulah apa
cerita... Dan tentu sahaja satu benda yang saya harap-harapkan akan terjadi
dalam novel tetapi langsung tak jadi. Kecewa juga. Apa dia? Mati-mati ingat Tan
Sri Aziz yang menjadi orang yang menyebabkan kematian ibu bapa Zeanissa dengan
tujuan untuk mengawal seluruh kekayaan; tapi itulah tak ada pula begitu, banyak
sangat tengok telenovela Latin zaman dulu-dulu, itu sebab ada imaginasi
sebegitu...😁 Rasanya cukup
setakat ini sahaja contengan tentang ulasan buku Zeanissa ini. Buku pertama karya
Emmiyya yang saya baca. Pastinya tidak ada kecewa. Sebabnya satu jalan
ceritanya boleh masuk dengan mata dan jiwa. Keduanya adalah elemen-elemen yang
jadi daya penarik yang tidak menjadikan bacaan itu kosong tanpa jiwa. Kesimpulan: