Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Contoh Karangan Kebaikan Menyertai Sukan Air (SPM Jun 2020)


Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada kebaikan menyertai sukan air. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan menyertai sukan air. 

[Contoh Karangan Aras Sederhana]

Masa itu emas. Ungkapan ini sering kita dengar. Persoalannya bagaimanakah cara untuk menggunakan masa dengan sebaik mungkin? Salah satu cara menggunakan masa dengan bijak ialah mengisi masa lapang dengan aktiviti befaedah. Salah satu daripada aktiviti berfaedah yang boleh dilakukan bagi mengisi masa senggang ialah menyertai sukan air. Sukan air ialah aktiviti sukan yang melibatkan air seperti kayak, luncur jet, perahu layar, dan polo air. Justeru, apakah kebaikan melibatkan diri dalam aktiviti sukan air umumnya kepada masyarakat?

Salah satu kebaikan menyertai sukan air ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Hal ini demikian kerana pergerakan-pergerakan yang berlaku ketika aktiviti sukan air boleh membantu meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan. Sebagai contoh, sukan polo air misalnya menuntut pergerakan anggota tubuh badan seperti kaki dan tangan dengan aktif dalam medium air. Kesannya, pergerakan aktif ini akan membantu membakar kalori di dalam badan sekali gus mengelakkan masalah obesiti. Justeru, masyarakat haruslah berpegang kepada prinsip ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan masing-masing seperti mengamalkan sukan air pada waktu lapang. Ringkasnya, jelaslah, menyihatkan tubuh badan merupakan salah satu daripada kepentingan menyertai sukan air.

Seterusnya, membentuk disiplin diri juga merupakan salah satu kebaikan yang akan diperoleh menerusi penglibatan dalam aktiviti sukan air. Hal ini dikatakan demikian kerana sukan air amat menitikberatkan prosedur dan standard operasi yang ketat dengan pelbagai peraturan demi menjaga keselamatan diri individu yang terlibat secara langsung dalam sukan air. Misalnya, sukan luncur jet menuntut pengguna untuk mengenakan jaket keselamatan. Hasilnya, individu dapat melatih diri untuk berdisiplin apabila mematuhi semua peraturan ketika menjalankan aktiviti sukan air. Tegasnya, kebaikan melibatkan diri dalam sukan air juga mampu membentuk disiplin diri.

Di samping itu, kebaikan menyertai sukan air yang berikutnya ialah dapat memupuk semangat kerjasama. Hal ini demikian kerana sesetegah sukan air hanya boleh dilakukan apabila wujudnya kerjasama dan persefahaman lebih daripada seorang individuseperti sukan kayak yang perlu dilakukan secara berpasangan. Selain kayak, sukan polo air pula hanya boleh direalisasikan dalam berkumpulan, iaitu 7 orang pemain termasuk seorang penjaga gol.  Kesannya, para pemain akan belajar nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur, dan berganding bahu dalam usaha mencapai kemenangan dalam sukan air yang disertai. Situasi ini amat tepat dengan pesan bijak pandai yang mengatakan bersatu teguh bercerai roboh, dan sepakat membawa berkat bagi mencerminkan semangat berpasukan dalam menjayakan sukan air yang disertai. Maka, izharlah memupuk semangat kerjasama merupakan salah satu kebaikan menyertai sukan air.

Konklusinya, penyertaan dalam sukan air mempunyai pelbagai faedah yang tersendiri. Oleh itu, masyarakat hendaklah mengambil peluang menimba pengetahuan tentang sukan air sekali gus memilih sukan air yang digemari untuk disertai pada waktu senggang. Kata orang tak kenal maka tak cinta, justeru apabila mengenali dan mengetahui teknik permainan sukan air yang betul tentunya seseorang individu akan jatuh minat akan sukan air yang disertainya. Oleh yang demikian, sukan air juga boleh dijadikan hobi dan diamalkan dalam kehidupan lantaran faedah yang diperoleh tidak boleh dinafikan sama sekali.


Post a Comment

4 Comments

  1. stream justice by justin bieber

    ReplyDelete
  2. faedah dengan kebaikan x jauh beza kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faedah, kebaikan, manfaat, kelebihan, kepentingan mendukung makna yang sama/hampir sama

      Delete
  3. AnonymousJune 08, 2022

    Cikgu Macamana dengn Kepentingan sukan air pula?

    ReplyDelete