Teknik Menulis Karangan Bagi Murid GALUS; Bahan Bengkel Program Bumi Dipijak Langit Dijunjung Tahun 2020

Cikgu Muzz
By -
1

 


Program Bumi Dipijak Langit Dijunjung merupakan bengkel strategi pengajaran dan pembelajaran untuk peningkatan prestasi calon-calon pencapaian sederhana dan lemah untuk kertas 1 dan kertas 2 Bahasa Melayu SPM bagi sekolah-sekolah fokus negeri Pulau Pinang tahun 2020.

Program anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini telah berlangsung selama dua hari, iaitu 2 dan 3 September 2020 di BTPN, Pokok Sena, Pulau Pinang.

Program Bumi Dipijak Langit Dijunjung merupakan program di bawah Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, yang dikemudikan oleh Puan Fazilawati Binti Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahasa, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Sebagai salah seorang jurulatih utama program Bumi Dipijak Langit Dijunjung untuk tahun 2020, saya dengan persetejuan rakan-rakan jurulatih yang lain dengan berbesar hati bersetuju untuk berkongsi bahan-bahan bengkel untuk rujukan guru-guru khususnya rakan-rakan guru di seluruh Pulau Pinang, dan amnya di seisi negara untuk tujuan kepentingan bersama terutamanya meraih kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat yang berterusan kepada kita semua.







Tags:

Post a Comment

1Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!