Program Bumi
Dipijak Langit Dijunjung merupakan bengkel strategi pengajaran dan pembelajaran
untuk peningkatan prestasi calon-calon pencapaian sederhana dan lemah untuk
kertas 1 dan kertas 2 Bahasa Melayu SPM bagi sekolah-sekolah fokus negeri Pulau
Pinang tahun 2020.
Program
anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang ini telah berlangsung selama dua
hari, iaitu 2 dan 3 September 2020 di BTPN, Pokok Sena, Pulau Pinang.
Program Bumi
Dipijak Langit Dijunjung merupakan program di bawah Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, yang dikemudikan oleh Puan Fazilawati
Binti Jamaludin, Ketua Penolong Pengarah Bahasa, Jabatan Pendidikan Negeri
Pulau Pinang.
Sebagai
salah seorang jurulatih utama program Bumi Dipijak Langit Dijunjung untuk tahun
2020, saya dengan persetejuan rakan-rakan jurulatih yang lain dengan berbesar
hati bersetuju untuk berkongsi bahan-bahan bengkel untuk rujukan guru-guru
khususnya rakan-rakan guru di seluruh Pulau Pinang, dan amnya di seisi negara
untuk tujuan kepentingan bersama terutamanya meraih kecemerlangan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu.
Semoga
perkongsian ini memberikan manfaat yang berterusan kepada kita semua.