[Nota Komsas] Analisis Cerpen Menuai Emas; Antologi Baik Budi Indah Bahasa
oleh -Cikgu Muzz
Mei 19, 2021
0
SINOPSIS CERPEN MENUAI EMAS Alif terkenang akan perbualan
dia dengan ayahnya suatu ketika dahulu. Alif berkata bahawa kuning padi seperti
emas. Kata ayah Alif, kalau berbudi kepada tanah, mereka akan menuai emas nanti. Alif berbisik bahawa
tidak lama lagi dia akan menuai emas. Alif terkenang kata-kata emaknya pula.
Alif mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana emaknya telah mendidiknya
tentang makna syukur, sabar, dan reda. Alif tersedar daripada lamunan apabila
mendengar bunyi hon motosikal. Tuk Ketua yang menunggang motosikal tersebut
menyapa Alif. Tuk Ketua bertanyakan waktu jentera tuai padi akan sampai kepada
Alif. Alif menjawab bahawa jentera tersebut akan sampai pada hari esok. Kerja
menuai padi pun akan dimulakan esok. Alif menyusuri permatang sawah
yang sangat bernilai baginya. Alif teringat akan peristiwa setahun yang lalu.
Alif berbalah dengan Abang Man di rumahnya. Abang Man dan beberapa orang
pemilik tanah sawah yang bakal dibangunkan taman perumahan datang ke rumah
Alif. Mereka tidak berpuas hati atas tindakan Alif yang tidak mengizinkan dua petak
sawahnya dijadikan taman perumahan. Kebanyakan pemilik tanah sawah yang
berkenaan telah bersetuju untuk melepaskan tanah masing-masing. Abang Man
meminta Mak Wan, iaitu emak Alif menasihati Alif supaya bersetuju untuk menjual
petak sawahnya kepada syarikat perumahan. Abang Man dengan sinis berkata bahawa
masakan lulusan universiti dalam bidang ekonomi seperti Alif mahu membuat kerja
kampung. Abang Man turut mengatakan bahawa mungkin Alif tidak lulus dalam
peperiksaan. Oleh sebab itulah, dia berkeras mahukan dua petak sawah tersebut.
Emak Alif dan Tuk Ketua terkejut apabila mendengar kata-kata Abang Man itu.
Akhirnya, emak Alif bersuara. Dia menyuruh mereka yang berkumpul di rumahnya
itu pulang dahulu. Dia akan berbincang secara anak-beranak dengan Alif. Emak Alif menangis. Alif
memberitahu emaknya bahawa dia akan melepaskan dua petak sawah tersebut jika
itulah kemahuan emaknya. Emak Alif menegaskan bahawa dia tidak mahu Alif
melepaskan dua petak tanah tersebut. Alif bertekad untuk mempertahankan dua
petak sawah berkenaan walau dengan apa-apa cara sekalipun. Bagi Alif, mengerjakan
tanaman padi juga merupakan sesuatu yang dapat membawa kemajuan. Namun begitu,
Alif terfikir juga bahawa kebanyakan pemilik petak sawah yang hendak dijadikan
tapak perumahan itu rata-ratanya sudah tidak bertenaga lagi. Anak-anak mereka
yang kebanyakannya bekerja di bandar tidak mahu menyambung tugas mereka. Wajah Abang Man muncul dalam
benak Alif. Dua petak sawah Alif bersempadan dengan petak sawah Abang Man. Jika
Alif tidak mahu melepaskan dua petak sawahnya, petak Abang Man pun akan
bermasalah. Oleh sebab itulah, Abang Man marah kepada Alif. Alif tidak dapat
memahamkan Abang Man bahawa dia sendiri sedang mengerjakan sesuatu yang juga
dinamakan kemajuan. Lamunan Alif terhenti. Alif menarik nafas dalam-dalam di
tengah petak sawah padi yang sedang menguning. Alif berasa puas dan bersyukur
kerana dia semakin memahami makna kemajuan yang mahu dibawanya. Alif teringat akan perbualannya dengan seorang
pegawai pertanian. Pegawai pertanian tersebut menasihati Alif supaya tidak
memandang rendah terhadap bidang pertanian. Menurut beliau lagi, mereka tidak
perlu membeli beras dari luar jika mengusahakan tanah sendiri dengan
sungguh-sungguh. Kata-kata motivasi pegawai pertanian itu
terpahat dalam hati Alif. Alif berazam untuk membawa kemajuan dalam penanaman
padi. Tuk Ketua turut bersama-sama Alif menyusuri sawah padi yang sedang menguning. Segala
pengorbanan Alif tidak sia-sia. Alif teringat akan peristiwa Abang Man dan
beberapa orang jiran sekampung menyerang rumahnya. Abang Man menyalahkan Alif
kerana projek perumahan itu dibatalkan. Namun demikian, Alif mengatakan bahawa
dia hanya berdoa kepada Allah agar projek perumahan itu dibatalkan. Jika doanya
itu salah, Alif meminta Abang Man membuat laporan polis. Abang Man tergamam
dengan kata-kata Alif itu. Alif juga meminta restu daripada semua tuan tanah
itu bahawa dia akan menjadikan petak-petak sawah tersebut sebagai estet padi. Projek
estet padi mini yang berkeluasan 58.609 hektar dengan penglibatan 15 orang tuan
tanah itu kini semakin menampakkan hasil. Usaha Alif berjaya berkat berbudi kepada
tanah. Alif tetap bersabar menunggu hari esok untuk menuai emas. TEMACERPEN
MENUAI EMAS Kemajuan dalam bidang
pertanian, iaitu penanaman padi. PERSOALANCERPEN
MENUAI EMAS
Penjualan tanah sawah untuk
dijadikan projek perumahan.
Bidang pertanian, iaitu
penanaman padi jika diusahakan dengan betul dapat mendatangkan kemajuan
ekonomi.
Ilmu, kegigihan, dan ketekunan
yang diiringi dengan doa dan kesabaran akan menghasilkan kejayaan.
Lulusan universiti tidak
semestinya bekerja makan gaji.
Kebanyakan golongan muda dari
kampung sudah tidak berminat untuk mengusahakan penanaman padi.
Muafakat membawa berkat.
WATAK DAN PERWATAKANCERPEN MENUAI EMAS Alif
Anak kepada Mak Wan.
Lulusan universiti dalam
bidang ekonomi.
Seorang anak muda yang
berwawasan tinggi.
Seorang yang sabar, reda, dan
senantiasa bersyukur.
Berani menghadapi cabaran.
Yakin akan kebolehan diri.
Seorang anak yang menghormati
ibu bapa.
Terlalu sayang akan emak dan
ayahnya.
Seorang yang positif dan
optimistik.
Seorang petani moden.
Mak Wan
Ibu kepada Alif.
Seorang yang penyabar.
Tegas.
Teguh pendirian.
Sayang akan tanah milik
keluarganya.
Sensitif.
Tuk Ketua
Penyabar.
Berhemah tinggi.
Tenang ketika menghadapi
masalah.
Mempunyai ciri-ciri
kepemimpinan yang baik.
Sentiasa menyokong hasrat
murni Alif.
Abang Man
Seorang yang agresif.
Tidak berhemah.
Gemar menggunakan kata-kata
kesat.
Bersikap terburu-buru.
Tidak berfikiran jauh.
LATARCERPEN
MENUAI EMAS Latar Tempat
Petak bendang.
Petak-petak sawah
Anjung rumah Alif.
Latar Masa
Waktu awal pagi.
Setahun yang lalu.
Latar Masyarakat
Masyarakat golongan petani.
Masyarakat yang berilmu.
Masyarakat yang agresif.
Masyarakat yang berhemah
tinggi.
Masyarakat yang berfikiran positif.
Masyarakat yang mempunyai
nilai kepemimpinan yang tinggi.
GAYA BAHASACERPEN
MENUAI EMAS
Bahasa Arab. Contohnya, Alhamdulillah; Insya-Allah.