[Nota Komsas] Analisis Cerpen Talia Dan Raksasa Qadqad; Antologi Baik Budi Indah Bahasa
oleh -Cikgu Muzz
Mei 19, 2021
0
SINOPSIS CERPEN TALIA DAN
RAKSASA QADQAD Talia dan keluarganya
merupakan masyarakat orang asli yang tinggal di kawasan pedalaman bersama-sama
dengan puaknya. Pada suatu hari, sewaktu bermain-main di sempadan huma
berdekatan dengan hutan di lereng Bukit Ungu, Talia telah menjumpai seekor
katak raksasa. Bahagian tepi kepala katak itu luka seperti dilibas gergaji.
Talia berasa kasihan akan katak raksasa itu. Dia merawat katak itu dengan
menggunakan pucuk daun dalut. Katak tersebut pulih dan terus menghilang di
dalam hutan. Talia bercerita tentang katak raksasa itu kepada ibunya. Bapa
Talia, Dodo menganggap cerita tersebut sebagai khayalan Talia sahaja. Namun
begitu, tanggapan ibu dan bapa Talia berubah beberapa minggu selepas itu. Kisah
ahli-ahli suku berselisih dengan sekeluarga makhluk seperti yang diceritakan oleh
Talia di denai yang sama heboh diperkatakan. Penduduk kampung menggelar katak
raksasa tersebut sebagai Raksasa Qadqad bersempena dengan bunyi yang dihasilkan
oleh katak tersebut. Penduduk kampung bimbang jika mereka terpaksa berpindah
lagi kerana mereka semua baru beberapa bulan berpindah ke Bukit Ungu. Pada suatu hari, adik Talia,
Jini demam panas. Bapa Talia, Dodo berpendapat bahawa Jini perlu dibawa ke
hospital. Dodo mencadangkan agar mereka menumpang kereta api. Dodo mengajak
isterinya, Misa dan anaknya, Talia ke bandar. Talia sekeluarga segera
meninggalkan rumah mereka. Dodo mendukung Talia. Isterinya, Misa pula membawa
Jini di dalam bakul sandang. Sewaktu Misa dan Dodo hendak ke stesen kereta api,
mereka dijerkah oleh seorang lelaki. Lelaki tersebut bertugas mengawasi bijih
yang disorong keluar untuk dipindahkan ke dalam gerabak kereta api. Dodo
memberitahu lelaki itu tentang hasratnya yang ingin menumpang kereta api untuk ke
bandar. Lelaki itu memarahi Dodo. Pemandu kereta api yang baru keluar memandang
mereka dengan kehairanan. Pemandu kereta api itu, iaitu Sidek memberitahu
lelaki tadi yang dipanggilnya Tuan Binjah tentang keadaan di kem balak timur
yang kacau-bilau. Kekacauan tersebut berpunca daripada serangan kumpulan katak
raksasa. Tujuh orang telah meninggal dunia manakala dua puluh orang lagi
cedera. Pada hari sebelum
pembalak-pembalak itu diserang, sebatang balak telah menimpa sarang katak
raksasa. Walaupun tidak cedera teruk, keluarga haiwan itu terperangkap. Mandur kem
balak berkenaan telah menetak semua katak raksasa yang terperangkap itu.
Tindakan tersebut membawa padah kepada pembalak-pembalak di kem berkenaan. Tiba-tiba
sekumpulan katak raksasa muncul dari dalam hutan. Para pekerja lari
bertempiaran untuk menyelamatkan diri. Binjah dan kebanyakan pekerja
termasuklah Sidek masuk ke dalam sebuah bangunan. Qadqad yang paling dekat dengan
keluarga Talia melompat lantas mendarat di bahu Dodo. Anehnya, haiwan itu cuma
berkelip-kelip memandang Talia. Kepala haiwan itu berparut seperti bekas luka
dilibas gergaji. Qadqad di bahu Dodo melompat turun. Ratusan Qadqad yang lain
mengikuti jejak Qadqad itu berundur. Binjah berasa hairan apabila melihat
keluarga Talia tidak diserang oleh kumpulan katak raksasa tersebut. Dia melihat
ada tanah berwarna ungu pada tangan,
kuku, kaki dan rambut Talia. Dia membuat
rumusan kononnya katak raksasa takut akan tanah yang berwarna ungu. Akhirnya,
keluarga Talia dibenarkan menaiki kereta api tersebut untuk ke bandar. Tiga hari kemudian, Sidek
datang menemui keluarga Talia di hospital. Kebetulan pula, adik Talia, Jini
sudah dibenarkan keluar dari hospital. Sidek memberitahu Dodo tentang hasrat Binjah
yang mahu melombong di Bukit Ungu. Menurut Sidek, Binjah telah mengarahkan
seisi kampung berpindah. Binjah turut membawa samseng ke kampung itu. Sidek
membawa keluarga Talia ke sebuah balai polis untuk mengadukan perkara yang
berlaku. Sidek turut membawa keluarga Talia pulang ke kampung mereka dengan
menaiki sebuah kenderaan. Talia sekeluarga dan Sidek tiba di kawasan huma. Mereka
mendengar suara Binjah berbalah dengan Tuk Sibat. Binjah dan para pengikutnya
membawa jentera berat untuk memusnahkan perkampungan orang asli itu. Binjah
menyuruh samseng upahannya membakar sebuah pondok yang terdapat di situ. Dodo
dan Sidek menjerit meminta mereka berhenti. Binjah tetap menyuruh samseng
upahannya membakar pondok tersebut. Penduduk kampung cuba menghalang perbuatan samseng
tersebut. Binjah melepaskan dua das tembakan ke arah mereka. Satu daripadanya
menembusi lengan kiri Dodo. Talia menjerit memanggil Raksasa Qadqad.
Beratus-ratus ekor Raksasa Qadqad muncul dari dalam hutan. Kumpulan Raksasa Qadqad
itu menyerang Binjah dan para pengikutnya. Sementara itu, Talia dan sukunya
terus melarikan diri dari tempat tersebut. Akhirnya, keadaan di kampung Talia
tenang semula. Qadqad sudah ghaib. Beberapa buah pondok musnah terbakar. Puluhan
mayat manusia dan bangkai Qadqad bergelimpangan. Selepas peristiwa itu, Raksasa
Qadqad terus lenyap. TEMACERPEN TALIA
DAN RAKSASA QADQAD Konflik antara manusia dengan
alam semula jadi. PERSOALANCERPEN
TALIA DAN RAKSASA QADQAD
Buat baik akan dibalas baik.
Kasih sayang terhadap
keluarga.
Sikap tamak segelintir
manusia.
Kesusahan masyarakat orang
asli yang tinggal di kawasan pedalaman.
Kepentingan alam semula jadi
kepada manusia.
WATAK DAN PERWATAKANCERPEN
TALIA DAN RAKSASA QADQAD Talia
Seorang budak perempuan kecil
berketurunan orang asli.
Anak kepada Dodo dan Misa.
Bersifat belas kasihan dan
suka menolong.
Bersahabat dengan Raksasa
Qadqad.
Berani merawat anak Raksasa
Qadqad yang tercedera.
Sayang akan keluarga dan ahli
sukunya.
Menghormati ibu bapanya.
Raksasa Qadqad
Rupanya mirip katak.
Mempunyai sepasang tanduk
kecil di kepala.
Mempunyai taring.
Mampu meloncat tinggi.
Mempunyai sepasang mata
berwarna hijau kuning.
Menjadi penghuni dan penjaga
hutan di Bukit Ungu.
Menyelamatkan penduduk kaum
asli sewaktu Binjah ingin memusnahkan kampung tersebut.
Mengenang budi kerana telah
menyelamatkan Talia dan keluarganya.
Mampu menyerang dan membunuh
manusia yang jahat.
Dodo
Ayah kepada Talia dan Jini.
Isterinya bernama Misa.
Seorang yang penyayang.
Bapa yang bertanggungjawab.
Sanggup berkorban untuk
menjamin keselamatan ahli keluarganya.
Binjah
Seorang saudagar yang tamak.
Kejam dan tidak bertimbang
rasa.
Mementingkan kekayaan semata-mata
tanpa memikirkan kepentingan alam semula jadi.
Terkorban bersama-sama
pengikutnya sewaktu diserang oleh Raksasa Qadqad.
Sidek
Bekerja sebagai pemandu kereta
api.
Bekerja dengan Binjah.
Baik hati.
LATARCERPEN TALIA
DAN RAKSASA QADQAD Latar Tempat
Kawasan Bukit Ungu.
Kawasan perlombongan.
Rumah Talia.
Hospital.
Stesen kereta api.
Balai polis.
Latar Masa
Waktu siang.
Waktu tengah hari.
Tiga hari.
Waktu matahari tergelincir.
Latar Masyarakat
Masyarakat orang asli.
Masyarakat yang menyayangi
haiwan.
Masyarakat yang tamak dan
kejam.
Masyarakat yang berkonflik
dengan alam semula jadi.
GAYA BAHASACERPEN
TALIA DAN RAKSASA QADQAD
Simile. Contohnya, Gempal macam disumbat
air; bagaikan bola bertanduk yang terbang laju;
bagai butir gula
dihurungi semut manusia.
Personifikasi. Contohnya, ditelan hutan
belantara; Matahari mula tergelincir.
Sinkope. Contohnya, Kami ada
padi saja; Tuk Sibat tak mahu
terima arahan itu.
Repetisi. Contohnya, “Ini, di
tangan, di kuku, di kaki, di rambut ...”
Inversi. Contohnya, Lewat
petang hari yang sama, sampailah mereka ke destinasi.
NILAICERPEN TALIA
DAN RAKSASA QADQAD
Baik hati.
Kegigihan.
Kasih sayang.
Tanggungjawab.
Keberanian.
Tolong-menolong.
PENGAJARANCERPEN
TALIA DAN RAKSASA QADQAD
Kita haruslah bersimpati
terhadap semua makhluk yang berada di sekeliling kita.
Kita mestilah menyayangi
anggota keluarga kita.
Kita haruslah berani
mempertahankan hak kita.
Kita haruslah memberikan
pertolongan kepada orang yang ditimpa kesusahan.