MAKSUD SYAIR NASIHAT (PENGHUJUNG THAMARAT AL-MUHIMMAH)
Tamatlah kitab dikarang orang,
akalnya pendek ilmunya kurang, daripada sangat hajatku gerang, diperbuat juga sebarang-barang. |
Penyair telah tamat mengarang kitab supaya dapat dijadikan panduan. |
Melepaskan hati yang terbuku, |
Ayah berharap agar anaknya akan menjaga tingkah laku dan menjadi insan
yang berakhlak mulia. |
Dengarkan tuan ayahanda berperi,
kepada anakanda muda bestari, nasihat kebajikan ayahanda beri, amalkan jangan malas dan ngeri. |
Ayah menasihati anaknya agar tidak bersikap malas. |
Ayuhai anakanda muda remaja, |
Menurut ayah lagi, jika anaknya itu menjadi raja, dia hendaklah
bertindak dengan betul dan rajin bekerja. |
Kerja kebajikan janganlah malas,
zahir dan batin janganlah culas, jernihkan hati hendaklah ikhlas, seperti air di dalam gelas. |
Ayah menasihati anaknya supaya rajin berbuat kebajikan. Dalam masa
yang sama, hati perlulah ikhlas dan bersih. |
Menuntut ilmu janganlah segan,
ilmu yang benar jangan yang bukan, iaitu ilmu yang kebajikan, di kitab ini sudah disebutkan. |
Ayah menasihati anaknya supaya tidak malas menuntut ilmu. Ilmu yang
dituntut itu perlulah ilmu yang betul seperti yang telah diperintahkan oleh
Allah SWT. |
Hendaklah anakanda mengaji selalu,
dari yang lain lebihkan dulu, had syarak janganlah dilalu, tidaklah anakanda beroleh malu. |
Ayah menasihati anaknya agar rajin mengaji dan hal ini perlu diberi
keutamaan daripada hal yang lain. Hukum syarak pula tidak boleh dilanggar
kerana akan menyebabkannya mendapat malu. |
Segala perbuatan dengan berilmu,
|
Sebarang tindakan perlu didasarkan kepada ilmu pengetahuan agar
membawa kebaikan. Ayah juga menasihati anaknya agar berhati-hati dalam
melakukan setiap perkara agar tidak terjerumus dalam perkara yang membawa
kemudaratan. |
Ilmu itu benar faedahnya,
membezakan hak dengan batilnya, mengetahui rakyat benar salahnya, supaya dihukumkan dengan adilnya. |
Ilmu itu banyak manfaatnya kerana dengan ilmu, perkara yang benar
dengan yang tidak benar dapat dibezakan. Dengan adanya ilmu, pemimpin dapat
mengetahui sama ada rakyat benar atau salah dan dapat menjatuhkan hukuman
yang adil kepada mereka. |
Jika ilmu tidak diendah,
sebab anakanda capak permudah, rakyat datang membawa gundah, anakanda tercengang tunduk tengadah.
|
Selanjutnya, jika ilmu pengetahuan itu dianggap remeh, hal ini tentu
akan membawa masalah kepada anaknya jika menjadi pemerintah. Jika ada rakyat
yang datang untuk menyatakan masalah, anaknya tidak akan dapat menyelesaikan
masalah tersebut kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan. |
Hendak menghukumkan tiada tahu,
hendak diam hati tak mahu, berpeluk tubuh tangan ke bahu, mengeluh mengucap mengata Allahu. |
Anaknya tidak tahu untuk menjatuhkan hukuman dan tidak mahu
pula berdiam sahaja. Anaknya itu cuma mampu berpeluk tubuh dan menyebut nama
Allah SWT. |
Terkadang duduk mendiamkan diri,
sepatah tidak mengeluarkan peri, penat duduk bangkit berdiri, lalu masuk ke dalam puri. |
Akhirnya, anaknya tidak dapat berkata apa apa. Setelah penat duduk dan
bangun, anaknya itu akan menyembunyikan diri di dalam istana. |
Orang berdakwa duduk menanti, |
Orang yang ingin mendapatkan pengadilan akan menjadi marah kerana
perbicaraan belum pasti dapat dilakukan. |
Terkadang dihukumkan dengan biladah, bukannya syarak bukannya 'adah, |
Sebarang hukuman tidak boleh diambil mudah. Jalan yang terbaik ialah
kembali merujuk hukum syarak untuk mendapatkan ketenangan hati. |
Jika demikian apa jadinya, |
Jika perbicaraan tidak dijalankan mengikut hukum, maka pemimpin pasti
akan dikeji oleh rakyat. |
Jika yang benar kita hukumkan, |
Jika perbicaraan dijalankan mengikut hukum Allah, maka kejian atau
pujian daripada rakyat bawahan tidak perlulah dihiraukan oleh mereka. |
Jika anakanda jadi menteri, |
Ayah berpesan lagi, jika anaknya menjadi menteri, dia digalakkan untuk
berdamping dengan orang yang berilmu supaya dapat memudahkan segala kerja. |
Hendaklah periksa adabnya wazir,
di dalam kitab sudah terukir, hendaklah jauhkan pekerjaan mungkir, supaya jangan jadi tergelincir. |
Ketua haruslah memerhatikan tingkah laku pegawai bawahannya supaya
penyelewengan tidak berlaku. |
- Setiap pemimpin diwajibkan menuntut ilmu pengetahuan.
- Kerja kebajikan harus dilakukan dengan penuh keikhlasan.
- Ilmu yang dituntut mestilah ilmu yang benar seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT.
- Terdiri daripada lapan belas rangkap.
- Berisi empat baris setiap rangkap.
- Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata sebaris.
- Terdiri daripada lapan hingga empat belas suku kata sebaris.
- Bentuknya terikat.
- Inversi. Contohnya, nasihat kebajikan ayahanda beri; Kerjakebajikan janganlah malas.
- Anafora. Contohnya, Hendak menghukumkan tiada tahu, hendak diam hati tak mahu,
- Bahasa Arab. Contohnya, ikhlas; syarak; batil; Allahu; Allah.
- Responsi. Contohnya, Kerja kebajikan janganlah malas, zahir dan batin janganlah culas,
- Simile. Contohnya, seperti air di dalam gelas.
- Sinkope. Contohnya, tak.
- Keadilan.
- Berilmu.
- Keikhlasan.
- Kepatuhan.
- Kebijaksanaan.
- Pemerintah haruslah bersikap adil dan tidak boleh bertindak zalim terhadap rakyat.
- Seorang pemimpin mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup agar dapat memudahkan urusan pentadbiran.
- Kita hendaklah menuntut ilmu yang benar dan menghindarkan diri daripada menuntut ilmu yang sesat.
- Kita mestilah rajin melakukan setiap pekerjaan yang telahdiamanahkan kepada kita.