[Nota Komsas] Analisis Sajak Pada Sekuntum Mawar; Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Cikgu Muzz
By -
0

 


MAKSUD SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR

Sehelai kelopakmu gugur;
adalah titis air mata bonda
yang luruh dalam lipatan usia.
Penyajak mengumpamakan bunga mawar sebagai gadis. Jika maruah seorang gadis tercemar, maka ibunya akan berasa amat sedih dalam menghadapi hari tua.
Merenung pada malam yang kematian angin
pada laut yang kematian ombak
seperti telah menutup
pintu kehidupan ini
menjadi sepi dan lara
pada kemusnahan yang tak pernahdipinta.
Jika maruah anak gadisnya tercemar, maka ibu akan berasa segala-galanya telah musnah. Dia berasa hidupnya sia-sia atau tidak bemakna lagi. Dia juga berasa segala-galanya telah musnah, dan tidak ada lagi jalan untuk memperbaik keadaan tersebut.
Sekuntum mawar
bukan melontar harum indahmu
di hujung lembah
tapi mengangkat seri mahkotamu
ke puncak iman.
Penyajak berpesan agar gadis-gadis tidak membiarkan maruah mereka tercemar dalam menghadapi kehidupan yang serba
mencabar ini tetapi sebaliknya hendaklah menjaga diri supaya menjadi gadis yang beriman dan dihormati masyarakat.

 

TEMA SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
Anak gadis mestilah menjaga martabat atau maruah mereka sebagai gadis.

PERSOALAN SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
      1. Ibu akan berasa sedih jika maruah anak gadisnya tercemar.
      2. Kesedihan menyebabkan seseorang ibu akan merasakan hidupnya sudah tidak bermakna lagi.
      3. Kehilangan maruah seorang gadis merupakan satu kemusnahan yang tidak sanggup diterima oleh seseorang ibu.
      4. Seorang gadis hendaklah menjaga diri dengan memiliki pegangan agama yang kukuh, iaitu sebagai gadis yang beriman.
BENTUK SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
      1. Terdiri daripada tiga rangkap.
      2. Rangkap pertama mempunyai tiga baris, rangkap kedua mempunyai enam baris, dan rangkap ketiga mempunyai lima baris.
      3. Bilangan katanya dua hingga enam patah kata sebaris.
      4. Terdiri daripada lima hingga empat belas suku kata sebaris.
      5. Bentuknya bebas

GAYA BAHASA SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
      1. Metafora. Contohnya, lipatan usia; pintu kehidupan.
      2. Imej alam. Contohnya, malamanginlautombakmawarlembah.
      3. Simile. Contohnya, seperti telah menutup.
      4. Sinkope. Contohnya, tak.
NADA SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
Melankolik.
 
NILAI SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
      1. Kasih sayang.
      2. Kesedaran.
      3. Rasional.
      4. Keimanan
PENGAJARAN SAJAK PADA SEKUNTUM MAWAR
      1. Kita hendaklah menjaga maruah diri dengan baik agar tidak tercemar.
      2. Kita hendaklah menjaga hati ibu agar ibu tidak menderita.
      3. hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.
      4. Kita mestilah mengukuhkan iman dalam diri supaya maruah diri akan terjaga.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!