[Nota Komsas] Analisis Sajak Dalam Persekitaran Kara-Kata; Antologi Baik Budi Indah Bahasa

Cikgu Muzz
By -
0

 


MAKSUD SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA

Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Tuhan menjadikan bahasa untuk manusia, disertai akal.Manusia menggunakan akal dan bahasa dari zaman ke zaman, bersesuaian dengan perubahan yang berlaku.
Engkau beri kami kata-kata
dan akal untuk mengucapkannya.
Kami pindahkan makna,
dari tempat ke tempat,
dari zaman ke zaman
Tuhan menjadikan orang Melayu dengan warna kulitnya sawo matang. Bangsa ini menjadi pengembara di lautan, mengembara jauh ke pulau-pulau dan pantai-pantai.
Kata-kata yang berselerakan
langit, bumi, laut, gunung,
awan, hujan dan pohon,
adalah persekitaran.
Seperti kami memetik buah-buahan
kami sunting istilah iman,
daripada kitab-kitab silam,
mentakrif  tanda alam,
dan menjernihkan tafsiran.
Setiap yang ditemui dalam pengembaraan ialah ilmu, iaitu setiap benda disertai perkataan yang menerangkan benda itu. Perkataan-perkataan yang sering disebut oleh manusia ialah langit, bumi, laut, gunung, awan, hujan, dan pohon. Manusia mendapat manfaat daripada kesemua
ciptaan Allah dan manusia hendaklah beriman. Manusia berpeluang untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan keimanan melalui pembacaan kitab-kitab yang dikarang pada masa silam. Kitab-kitab tersebut memuatkan ilmu-ilmu agama.
Kata-kata mengembangkan pengalaman,
terbentang di semesta alam,
memaknakan kewujudan.
Bahasa ialah alat untuk manusia menambahkan ilmu.Dengan ilmu, manusia dapat memahami kewujudan alam semesta.
 
TEMA SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA
Manusia dan alam ialah ciptaan Allah.
 
PERSOALAN 
      1. Bahasa ialah anugerah Tuhan yang penting untuk manusia.
      2. Sesuatu ilmu yang dipelajari bersesuaian mengikut tempat dan suasana.
      3. Bangsa Melayu pada masa lalu merupakan bangsa pelayar.
      4. Ilmu akan diperoleh dengan banyak membaca.
BENTUK SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA
      1. Terdiri daripada empat rangkap.
      2. Rangkap pertama dan rangkap kedua mempunyai lima baris,
      3. Rangkap ketiga mempunyai sembilan baris, dan rangkap keempat mempunyai tiga baris.
      4. Bilangan katanya dua hingga empat patah kata sebaris.
      5. Terdiri daripada lapan hingga tiga belas suku kata sebaris.
      6. Bentuknya bebas.
GAYA BAHASA SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA
      1. Bahasa Arab. Contohnya, istilah.
      2. Bahasa klasik. Contohnya, samudera.
      3. Unsur alam. Contohnya, samuderapulau-pulaupantai-pantailangit; bumi; laut; gunung; awan; pohon; buah-buahan; alam.
      4. Anafora. Contohnya, kata dari pada rangkap pertama baris 4 dan 5.
      5. Repetisi. Contohnya, frasa kata-kata diulang pada rangkap pertama baris 1; rangkap ketiga baris 1; rangkap keempat baris 1.
NADA SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA
Keagamaan
 
NILAI SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA
      1. Kesedaran.
      2. Keberanian.
      3. Kebanggaan.
      4. Kerajinan.
PENGAJARAN SAJAK DALAM PERSEKITARAN KATA-KATA
      1. Kita hendaklah mempelajari bahasa dengan sungguh-sungguh.
      2. Kita hendaklah berani ke tempat yang jauh untuk mencari ilmu dan rezeki.
      3. Kita hendaklah memikirkan dan menghayati ciptaan Allah.
      4. Kita mestilah mempelajari ilmu daripada kita-kitab agama.
      5. Kita diseru supaya rajin berusaha mendapatkan pengalaman untuk hidup yang bermakna.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!