Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Nota Komsas] Analisis Cerpen Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul; Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul


SINOPSIS CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Mengisahkan Aku melancong ke negara Turki sambil mencari cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.Pelbagai barangan yang tersenarai untuk dibeli kepada rakan-rakan serta dirinya sendiri. Namun dirinya hanya tertarik dengan buku-buku berbanding barang-barang hiasan yang lain. 

Sejumlah wang telah disediakan dan diperuntukan untuk pembelian cenderahati tersebut serta sedikit wang kecemasan untuk dirinya.Beliau juga telah dinasihatkan oleh pemandu pelancong dan beberapa panduan serta pantang larang ketika berbelanja di Istanbul. Aku serta rakan-rakannya berasa sukar untuk  menawar harga barangan yang hendak dibeli kerana tiada tanda harga dipamerkan dan  harga barangan hanya akan diberitahu jika ditanya.

Melintasi sebuah kedai menjual jaket kulit, Aku terpaku pada sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin. Aku mengimbas  akan abangnya yang menunggang motosikal pergi balik kerja. Andai ada sarung tangan kulit, tentu tangan Abang Longnya itu tidak terdedah pada terik matahari. Pemuda Turki seakan dapat membaca isi hati menunjukkan sarung tangan kulit itu namun Aku tidak berani mengambilnya kerana tidak mengetahui akan harganya.

Hajah Normah dan dan Dr. Liza tertarik dengan harga jaket berwarna kuning keemasan yang dibeli oleh Haji Helmi dan isterinya dengan harga yang murah berbanding kedai-kedai lain. Aku tiada pilihan mengikut rakan-rakannya masuk ke kedai tersebut. Kedainya tidaklah begitu luas namun mampu menempatkan sepuluh orang pelanggan pada satu-satu masa dan mempunyai beratus-ratus helai jaket kulit beraneka warna dan rupa bergantungan kemas di dalam rak berhawa dingin. Aku dan rakannya dilayan mesra umpama selebriti. Pekedai tanpa putus asa memujuk Aku agar membeli jaket kulit kijang, namun Aku masih belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain yang telah lama berkhidmat kepadanya. Namun, kerana ingin mengambil hati rakan-rakannya atau terhutang budi kerana secawan teh epal, Aku cuba mengenakan jaket kulit tersebut. Aku tersentak dengan harga yang disebutkan kerana dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu. Dua rakannya itu telah membayar harga jaket pilihan mereka. Aku dengan kata-kata berbudi bahasa mengambil keputusan untuk tidak membeli jaket tersebut. Wajah pekedai bertukar masam dan marah dengan tindakan Aku dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Perjalanan melawat Egyptian Market, Aku didatangi seorang remaja kurus dan bercakap separuh berbisik menjual barangan Black market. Melewati rakan Aku, Kak Chah dan Shahmeem, lelaki dewasa bertubuh tegap iaitu seorang polis menangkap remaja tersebut atas kesalahan menjual barangan Black market. Ketika beratur menaiki feri menyeberangi Selat Bhosporus, seorang lelaki tua dengan berani meletakkan sehelai jaket kulit berwarna hitam di lengan Aku. Rakan Aku, Shahmeem menunjukkan minat dan membeli dengan harga AS$ 120, namun tidak sesuai dengannya apabila dipakai. Shahmeem menjual pula kepada Aku dengan harga AS$100. Aku terpaku namun dapat menggembirakan hati Shahmeem. Aku juga menggambarkan tidak praktikalnya jaket itu digunakan di Malaysia, tidak sesuai dipakai dengan cuaca di Malaysia. Perlu dijaga dengan rapi, tidak boleh dilipat sembarangan, kulitnya tidak tahan lasak jika koyak pula tidak dapat dijahit dengan benang. Jelas sekali Aku terlihat lebih seekor Kijang akan dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit.

Akhirnya  Aku berhasrat untuk menggembirakan orang lain. Dia akan menjual jaket itu dan wang jualan akan didermakan kepada mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang, sabagai tanda muhibah terhadap kijang-kijang yang terkorban demi gaya hidup yang penuh dengan kemodenan.

TEMA CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
Pengalaman seorang pelancong yang suka melancong serta terjerat dengan pembelian jaket kulit kijang yang tidak disengajakan demi menjaga hati dan kegembiraan penjual jaket, rakannya serta dirinya demi mengelakkan pembunuhan haiwan-haiwan yang dilindungi demi kelangsungan kehidupan moden.

PERSOALAN CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
  1. Perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupan haiwan-haiwan esotik.
  2. Sikap berbudi bahasa sesama insan tanpa mengira bangsa, agama dan negara.
  3. Kewajaran memberikan layanan serta ramah mesra terhadap pelanggan atau pelancong.
  4. Kebijaksanaan dalam menguruskan perbelanjaan kewangan.
WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
WATAK
PERWATAKAN
Aku  ( Mas )
Gemar membaca. (Aku gemar membaca kerana dia akan leka membeli dan membaca buku jika terjumpa kedai yang menjual buku.)
Baik dan murah hati. (Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira.)
Berbudi bahasa. (Aku dengan sebaik mungkin berbudi bahasa kepada pekedai Turki kerana tidak mahu membeli jaket kulit agar pekedai itu tidak berasa kecil hati.)
Pekedai  Turki
Fasih berbahasa Inggeris. (Pekedai Turki berbahasa inggeris apabila berkomunikasi dengan pelanggan yang datang ke kedainya.)
Tidak berputus asa. (Pekedai Turki tidak berputus asa memujuk pelanggannya membeli barang jualannya.)
Pandai mengambil hati. (Pekedai Turki sangat pandai mengambil hati pelanggannya dengan memberikan kata-kata manis.)
Shahmeem
Kawan kepada Aku
Mudah terpengaruh. (Shahmeem terpengaruh dengan sehelai jaket hitam yang dijual secara pasaran gelap tanpa mengetahui ukuran saiznya.)
Murah hati. (Shahmeem bermurah hati dengan  mengurangkan sebanyak AS$20 daripada harga asal pasaran gelap kepada Aku kerana jaket kulit kijang itu tidak padan dengannya.)

 LATAR CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
LATAR
HURAIAN
LATAR TEMPAT
Hotel Senator – Tempat penginapan aku dan rakan-rakannya ketika melancong di Turki.
Grand Bazaar – Pusat membeli belah.
Kedai menjual jaket kulit – Tempat di mana aku terpaku ketika melihat sepasang sarung tangan kulit berwarna hitam di rak cermin.
LATAR MASA
Malam – Kak Chah teman sebilik Aku tidur awal kerana kepenatan selepas berjalan mengelilingi kota bersejarah.
Siang – Aku , Kak Chah dan Shahmeem berada di dalam kedai menjual jaket kulit.
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat elit – Ahli rombongan yang terdiri daripada guru dan pensyarah.
Masyarakat yang bekerjaya untuk menampung kehidupan seharian. – Encik Yuksel bekerja sebagai pemandu pelancong dan pekedai Turki yang menjual barangan kulit.
Masyarakat yang tidak berkemampuan. – Wanita tua yang menjual makanan burung, remaja kurus dan lelaki tua yang menjual barangan pasaran gelap, dan pengemis –pengemis seperti pengait benang yang diberi sedekah oleh Aku, kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya

NILAI MURNI CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
  1. Kegigihan – pekedai Turki begitu gigih dan tidak berputus asa meyakinkan pelanggannnya agar membeli barangan kulitnya. 
  2. Keprihatinan – Aku begitu prihatin dengan pembunuhan haiwan kijang kerana kulitnya untuk dijadikan jaket.
  3. Keikhlasan – Aku dengan ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,  kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
PENGAJARAN CERPEN JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
  1. Kita haruslah bersikap berjimat cermat dalam urusan perbelanjaan seharian maupun semasa melancong ke luar negara. Contoh :- Cenderamata untuk keluarga : 29 helai baju T, 2 helai untuk keluarga Anim, masing-masing sehelai untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.
  2. Kita hendaklah bersikap ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira taraf kehidupan seseorang.Contoh :- Aku begitu bermurah hati dengan memberikan wang sebanyak lima lira kepada wanita tua yang menjual makanan burung walaupun harga sepiring hanya satu lira serta ikhlas memberi derma kepada pengemis seperti pengait benang,  kanak-kanak bersama-sama datuknya yang buta serta lelaki tua yang cacat anggotanya.
  3. Kita wajar mempunyai sikap gigih dalam melakukan pekerjaan supaya hasil yang diinginkan tercapai. Contoh :- Pekedai Turki gigih memberikan layanan yang mesra kepada pelanggannya dengan memberikan layanan yang baik serta memberikan minuman percuma kepada pelanggannya dengan harapan pelanggannya itu membeli barangannya.

Post a Comment

8 Comments

  1. Terima kasih...Nota Ini Menolong Saya Untuk Memahamikan CERPEN INI...

    ReplyDelete
  2. terima kasih arigato gozaimas

    ReplyDelete
  3. Cikgu dalam novel ini apakah maksud membaca ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali ini bukan teks novel tetapi teks cerpen. Kalau kamu maksudkan membaca di sini, mungkin ada kaitan dengan minat watak utama, iaitu Mas yang gemas membaca.

      Delete
  4. Terima kasih, saya gunakan untuk pdpr. Minta admin memberi kebenaran ya. Semoga sentiasa dilindungi Allah.

    ReplyDelete