BAHAGIAN
C
(15
Markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat
yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Antara peranan guru dalam mengekang gejala sosial
termasuklah memberikan pendidikan secukupnya kepada para pelajar. Pendidikan
moral, sivik dan kewarganegaaraan diyakini mampu membentuk akhlak pelajar
menjadi lebih baik dan berdisiplin. Selain itu, guru juga perlu melaksanakan
peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan kementerian. Misalnya, surat
amaran perlu dikeluarkan dan dimaklumkan kepada ibu bapa sekiranya terdapat
pelajar yang ponteng sekolah secara berkala atau berterusan. Seterusnya, guru
juga boleh membuat pemantauan terhadap tingkah laku pelajar dan mengambil
tindakan segera dan pantas sekiranya terdapat unsur-unsur yang mencurigakan
seperti pelajar murung, pelajar hilang tumpuan dan pelajar yang kerap ponteng
sekolah.