Berdasarkan tema di bawah, pilih satu soalan dan tulis karangan dengan lengkap. Karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.
- Anda telah menyaksikan kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh pemandu mabuk baru-baru ini. Anda turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut. Tulis pengalaman anda dengan selengkapnya.
- Salah satu punca kemalangan jalan raya ialah memandu dalam keadaan mabuk. Bincangkan langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh pihak kerajaan dalam menangani isu ini.
- Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) di sekolah anda telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan selama satu hari. Sebagai setiausaha anda dikehendaki menulis laporan lawatan sambil belajar tersebut. Tulis laporan tersebut selengkapnya.