BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan maklumat yang diberikan di
bawah, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
Berdasarkan statistik OP
Selamat, sebanyak 215 kematian direkodkan daripada 191 kes nahas maut dalam
tempoh 18 hingga 31 Januari 2020. Penunggang dan pembonceng motosikal
dilaporkan menjada mangsa tertinggi dalam kemalangan maut, iaitu sebanyak 139
orang mangsa. Hal ini demikian kerana motosikal merupakan kenderaan beroda dua
yang kurnag stabil dan lebih mudah terbabas sekali gus terlibat dalam
kemalangan. Negeri Selangor mencatatkan kes nahas maut tertinggi di samping
turut mencatatkan saman tertinggi yang dikeluarkan, iaitu sebanyak 372 212
saman. Kebanyakan saman yang dikeluarkan
ialah atas kesalahan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak mematuhi
lampu isyarat, memandu melebihi had laju, menggunakan lorong kecemasan,
memotong garisan dan memotong di garisan berkembar.