Lihat maklumat yang diberikan di atas. Kemudian tulis sebuah ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
TIP MENULIS ULASAN
- Tulis ulasan dalam satu perenggan sahaja.
- Calon perlu menggunakan sukurang-kurangnya dua isi tersurat daripada bahan yang diberikan.
- Calon perlu menulis isi tersirat yang berkaitan dan logik.
- Calon dinasihatkan memilih isi tersurat yang calon faham dan jelas agar mudah dihuraikan dan dikaitkan dengan isi tersirat.
- Calon dinasihatkan menulis isi tersurat dan diikuti isi tersirat bagi setiap isi.
- Penggunaan penanda wacana dibenarkan.
- Pendahuluan dan penutupan tidak wajib. Tidak salah untuk ditulis dan tiada markah tambahan diberikan jika ditulis, juga tiada markah yang akan ditolak jika tidak ditulis.
- Namun, calon dinasihatkan memulakan ayat pertama yang menjurus tema bahan secara umum bagi menggantikan pendahuluan.
- Bilangan perkataan mesti lebih 80 patah perkataan agar penulisan ulasan matang.
- Ulasan tidak boleh melebihi 100 patah perkataan selepas ayat terakhir. Jika tidak calon tidak akan berpeluang mendapat markah penuh.
- Penggunaan kata-kata bombastik dalam ulasan tidak digalakkan.
- Bilang dan tulis patah perkataan ulasan di bawah. Pemeriksa tetap akan mengira kembali. Jadi tiada gunanya calon menipu tentang jumlah patah perkataan ulasan yang ditulis.