[Nota Komsas] Analisis Sajak Aku Membaca Lagi; Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cikgu Muzz
oleh -
0


MAKSUD SAJAK AKU MEMBACA LAGI

Rangkap 1
Penyajak memandang ke langit. Penyajak berasa kerdil apabila melihat kebesaran Ilahi yang mencipta pelbagai fenomena alam.

Rangkap 2
Penyajak menelusuri alam yang terbentang dan menyaksikan gambaran berbagai-bagai fauna dan kejadian alam yang dicipta Ilahi untuk melengkapi hidup manusia.

Rangkap 3
Penyajak kembali memandang dan memahami langit. Penyajak mendapati masalah penggunaan bahasa Melayu banyak berlaku yang akhirnya semakin meruncing. Masalah
penggunaan bahasa Melayu itu kini makin bertambah satu per satu.

Rangkap 4
Penyajak masih memahami kandungan di langit dan telah menyaksikan bulan dan bintang menangis kerana bersedih akan nasib bahasa Melayu yang dipinggirkan oleh bangsa peribumi sendiri.

Rangkap 5
Penyajak kembali mendongak ke langit. Kali ini, penyajak turut menyaksikan langit menangisi nasib bahasa Melayu yang kian tenat dan semakin dilupakan oleh anak bangsa.

TEMA SAJAK AKU MEMBACA LAGI
Sajak ini bertemakan nasib bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh anak bangsa.

PERSOALAN SAJAK AKU MEMBACA LAGI
    1. Bahasa sebagai maruah bangsa.
    2. Peranan bangsa untuk mendaulatkan bahasa.
    3. Jati diri anak bangsa yang kian terancam.
GAYA BAHASA SAJAK AKU MEMBACA LAGI
    1. Metafora. Contoh: wajah pelangilantai tanah airku.
    2. Personifikasi. Contoh: dahan dan ranting terkulai.
    3. Inversi. Contoh: menitis air mata langit.
KEINDAHAN BUNYI SAJAK AKU MEMBACA LAGI
Asonansi. (perulangan vokal u). Contohnya, kicauan burung.
Aliterasi. (perulangan konsonan b). Contohnya, bulan dan bintang menangis.

NADA SAJAK SAJAK AKU MEMBACA LAGI
Sajak ini bernada melankolik.

NILAI MURNI SAJAK AKU MEMBACA LAGI
    1. Tanggungjawab
    2. Keberanian
    3. Kesyukuran

PENGAJARAN SAJAK AKU MEMBACA LAGI
    1. Sebagai anak bangsa, kita hendaklah memikul tanggungjawab untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu yang semakin dilupakan.
    2. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran untuk mempertahankan maruah bahasa Melayu daripada tercemar.
    3. Kita perlulah bersyukur kepada Tuhan terhadap ciptaan pelbagai kejadian.

Kredit: Sasbadi

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)