[Nota Komsas] Analisis Sajak WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY; Antologi Jaket Kulit Kijang Dari Istanbul

Cikgu Muzz
oleh -
0


MAKSUD SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
Rangkap 1
Penyajak telah bertekad dengan mengatur perancangan untuk membebaskan kehidupannya daripada belenggu kemiskinan pada setiap masa.

Rangkap 2
Dalam pemikiran penyajak, akan berlaku pertelingkahan antara masalah dengan perkara mudah yang akan ditempuhinya dalam usahanya untuk membebaskan pemikirannya daripada dipergunakan oleh orang lain.

Rangkap 3
Penyajak merasakan bahawa dalam meniti kehidupannya, banyak dugaan dan cabaran yang akan ditempuhinya. Pelbagai dugaan yang berlaku itu menguji kesabaran dan keimanan dirinya.

Rangkap 4
Tatkala penyajak berasa dirinya sudah kuat dan teguh, kadangkala dia terperdaya oleh tipu muslihat yang begitu licik. Namun begitu, penyajak bernasib baik kerana dia cepat-cepat sedar dan segera berwaspada dalam setiap tindak-tanduknya.

Rangkap 5
Penyajak telah bersedia dan mempersiapkan dirinya untuk menerima cabaran dan sesuatu masalah yang mendatang. Penyajak juga perlu berani menyahut cabaran dan masalah yang bakal dihadapi dalam kehidupannya.

Rangkap 6
Penyajak semakin matang, berani, dan tidak berasa gentar dalam menghadapi setiap cabaran dan masalah yang berlaku dalam kehidupannya.

Rangkap 7
Penyajak sentiasa bermuhasabah diri supaya dapat membuat keputusan yang tepat dan lebih teguh agar perjuangan hidupnya tidak lagi tersasar, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi.

Rangkap 8
Penyajak banyak menempuhi peristiwa pahit dan manis sepanjang kehidupannya. Dalam usia yang sudah meningkat tua, penyajak mengingatkan dirinya agar tidak mempersiasiakan saki-baki kehidupannya, sebaliknya mengisi masamasa tuanya dengan mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

TEMA SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
Sajak ini bertemakan ketabahan seorang insan tatkala berhadapan dengan dugaan dan liku-liku hidup.

PERSOALAN SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
  1. Kepentingan mengatur perancangan secara bijak dan teliti.
  2. Cabaran dan dugaan hidup yang harus ditempuhi.
  3. Kelicikan tipu muslihat yang memperdayakan seseorang.
GAYA BAHASA SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
  1. Personifikasi. Contohnya, ombak gelora menampar pantai aman, Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia.
  2. Sinkope. Contohnya, tak.
  3. Simile. Contohnya, bagai siang memanggil malam.
KEINDAHAN BUNYI SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
  1. Asonansi (perulangan bunyi vokal a). Contohnya, aku tak cemas lagi.
  2. Aliterasi (perulangan konsonan d). Contohnya:Dalam dewan diriku.
NADA SAJAK SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
Sajak ini bernada melankolik.

NILAI MURNI SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
  1. Tanggungjawab
  2. Keberanian
  3. Rasional
PENGAJARAN SAJAK WWW.SIBERMERDEKA.COM.MY
  1. Kita mestilah berani menghadapi berbagai-bagai cabaran dan rintangan tanpa berasa gentar dan waswas.
  2. Kita perlulah gigih berusaha untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik tanpa mengenal erti putus asa.
  3. Kita haruslah tabah ketika berhadapan dengan cabarandan dugaan dalam kehidupan.
Kredit: Sasbadi

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)