BAHAGIAN A – KARANGAN PENDEK
(10 MARKAH)
Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang tip bijak berbelanja. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Peribahasa
ukur baju di badan sendiri sering digunakan bagi memberikan kesedaran kepada
masyarakat supaya berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri. Terdapat beberapa
tip berbelanja yang bleh diamalkan oleh seseorang individu dalam menguruskan
kewangan dengan lebih baik.
Salah
satunya ialah seseorang individu perlulah merancang perbelanjaan sebelum
membuat pembelian. Menyenaraikan barang yang diperlukan merupakan salah satu
kaedah untuk mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran apabila terbeli
barangan yang lebih menjurus kepada kehendak atau mengikut nafsu semata-mata.
Seterusnya, masyarakat juga digalakkan membuat perbandingan harga. Tidak kira
di kedai atau menerusi laman sesawang, pengguna hendaklah membuat perbandingan
harga agar tidak tertipu oleh penjual yang ingin mengaut untung secara
berlebihan.
Konklusinya, pengguna hendaklah menggunakan akal dalam merancang perbelanjaan.
Amalan berjimat-cermat penting persis pesan peribahasa sediakan payung sebelum
hujan kerana langit tak selalunya cerah dan kehidupan tidak pernah sunyi
daripada ujian.