Cara Menulis Resensi Buku & Manfaat Untuk Guru Tambah Mata Kredit SPLKPM

Cikgu Muzz
By -
0
 


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, resensi ditakrifkan sebagai pertimbangan atau pembicaraan tentang buku dan lain-lain. Takrif resensi juga diklasifikasikan sebagai ulasan buku.
 
Bagaimanakan resensi buku dilakukan? Sebelum melakukan resensi buku, tentu sekali anda perlu membaca buku tersebut terlebih dahulu. Kemudian, setelah proses pembcaan selesai anda perlu menilai buku tersebut mengikut sudut pemikiran, pertimbangan dan pandangan peribadi anda sendiri.
 
Tujuan resensi buku ialah untuk berkongsi informasi-informasi penting dalam sesebuah buku kepada khalayak atau masyarakat. Dengan kata lain menerusi resensi buku yang kita lakukan, mungkin secara tidak langsung membantu individu di luar sana untuk mencari buku tersebut untuk dijadikan bahan bacaan atau rujukan.
 
Apakah aspek yang perlu ada dalam sesebuah resensi buku?
  • Judul atau tajuk buku
  • Nama pengarang
  • Nama penerbit
  • Tahun diterbitkan
  • Bilangan halaman
  • Sinopsis buku
  • Keterangan Pengarang
  • Ulasan buku
  • Kelebihan dan kelemahan buku
  • Kesimpulan
Resensi buku juga boleh dilakukan oleh guru-guru yang tidak mempunyai mata kredit yang mencukupi dalam Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM). Muat turun borang ulasan buku ini, baca buku, buat ulasan dan dapatkan pengesahan pentadbir.
 
Kemudian, buka portal SPLKPM, klik menu sebelah kiri, pilih pembelajaran kendiri, seterusnya klik pembacaan buku, kemudian klik tambah aktiviti, dan isi semua maklumat wajib yang diminta sspseti di bawah ini dalam tetingkap yang terbuka;
 
  • Tajuk buku
  • Penulis buku
  • Bahasa buku
  • Bilangan muka surat
  • Tarikh pembacaan buku
Akhir sekali, serahkan borang ulasan yang telah dimuat turun di bawah dan disahkan oleh pentadbir kepada setiausaha LDP sebagai bukti dan untuk disahkan oleh setiausaha dalam sistem SPLKPM.
 
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!