[Nota Komsas] Analisis Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa

Cikgu Muzz
By -
0
 


Tema
Keberanian dan keperwiraan askar Melayu semasa mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh kuasa asing.
 
Persoalan
  1. Persoalan kasih sayang dalam keluarga.
  2. Persoalan pengkhianatan anak bangsa yang memusnahkan negara.
  3. Persoalan sikap manusia yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan diri.
  4. Persoalan kepatuhan anak-anak terhadap ibu bapa.
  5. Persoalan kebijaksanaan menggunakan taktik semasa peperangan.
Watak dan Perwatakan
Leftenan Adnan
  1. Leftenan Adnan ialah anak sulung Pak Saidi dan Mak Milah.
  2. Beliau mendapat pendidikan di sekolah Inggeris.
  3. Beliau pernah menjadi guru sebelum menjadi askar.
  4. Beliau berkahwin dengan Sophia dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mokhtar, Zainudin, dan Fatimah.
  5. Seorang yang mahir dalam ilmu persilatan.
  6. Seorang yang bijak. Buktinya, Leftenan Adnan bijak mengesan strategi yang dirancang oleh Leftenan Renya Mutuguchi apabila dia mengarahkan beratus-ratus orang tenteranya  menyamar sebagai askar Sikh untuk mengelirukan askar Melayu.
  7. Seorang yang berani. Contohnya, Adnan berani menerima cabaran remaja Kampung Sungai Merab untuk berlawan tinju.
  8. Seorang yang  rajin belajar.
  9. Seorang yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi.
  10. Seorang yang penyayang.
  11. Seorang yang patuh akan kehendak orang tua.
  12. Seorang ketua yang bertanggungjawab.
  13. Seorang yang gigih semasa menjalani latihan.
  14. Seorang yang penyabar.
  15. Seorang yang memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
  16. Seorang yang berfikiran rasional.
Pak Saidi
  1. Pak Saidi ialah bapa Adnan, Ahmad, dan Amarullah dan suami kepada Mak Milah.
  2. Pak Saidi bekerja sebagai pekebun dan pesawah.
  3. Seorang yang penyayang.
  4. Seorang yang mementingkan ilmu.
  5. Seorang yang berpandangan jauh dengan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris.
  6. Seorang yang gigih menempuh cabaran.
  7. Seorang yang berani mempertahankan maruah diri.
  8. Seorang yang baik hati.
  9. Seorang yang bersikap tabah.
  10. Seorang yang berpendirian teguh.
  11. Seorang yang mempunyai sifat patriotisme yang tinggi.
  12. Seorang yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.
Jeneral A.E. Percival
  1. Seorang yang bertanggungjawab.
  2. Seorang yang bijak semasa mengatur strategi.
  3. Seorang yang kurang cekap ketika mengurus pentadbiran.
  4. Seorang yang bersikap tidak adil semasa pembahagian senjata.
  5. Seorang yang mudah berprasangka buruk terhadap musuh.
  6. Seorang yang mementingkan keselamatan anak-anak buahnya.
  7. Seorang yang berfikiran rasional.
  8. Jeneral Tomoyuki Yamashita
  9. Seorang Pegawai Pemerintah Tentera Jepun.
  10. Seorang yang bijak menyusun strategi.
  11. Seorang yang gigih.
  12. Seorang yang berpendirian tegas.
  13. Seorang yang bersikap patriotik terhadap tanah air sendiri.
  14. Seorang yang pendendam.
  15. Seorang yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
  16. Seorang yang bercita-cita besar. 
Latar
Latar Tempat
  1. Kampung Sungai Ramal, Kajang.
  2. Pagar Ruyung.
  3. Kampung Sungai Merab.
  4. Sekolah Melayu Sungai Ramal.
  5. Port Dickson dan Kem Haig Lines.
  6. Singapura.
  7. Pangkalan tentera Pasir Panjang.
  8. Bukit Candu.
Latar Masa
  1. Sekitar awal tahun 40-an.
  2. Waktu pagi, petang, dan malam.
  3. 6 Disember 1941.
  4. Pagi 4 Disember 1941.
  5. Tengah malam 8 Disember 1941.
  6. 9 Disember 1941.
  7. 10 Disember 1941.
  8. 14 Disember 1941.
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat yang amat cinta akan tanah air.
  2. Masyarakat yang memiliki keberanian yang luar biasa.
  3. Masyarakat yang berpendirian teguh.
  4. Masyarakat tentera yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.
  5. Masyarakat yang menjadi pembelot dan pengkhianat bangsa.
  6. Masyarakat yang memiliki sifat amanah dan bertanggungjawab.
  7. Masyarakat yang bijak mengatur strategi peperangan.
Gaya Bahasa
  1. Simile. Contohnya, macam ayam berak kapur, seumpama ombak besar menghempas pantai.
  2. Metafora. Contohnya, api kemarahan, menyentuh jiwa.
  3. (Personifikasi. Contohnya, Fikirannya melayang- layang mengenang kembali peristiwa dua hari yang lalu dan
  4. cuaca sejuk menusuk hingga ke tulang sum sum.
  5. Hiperbola. Contohnya, Bahangnya terasa perit membakar kulit.
  6. Peribahasa. Contohnya, …sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua dan sediakan payung sebelum hujan...
Nilai
  1. Kasih sayang.
  2. Keberanian.
  3. Rasional.
  4. Kebijaksanaan.
  5. Ketabahan.
  6. Ketaatan.
  7. Tanggungjawab.
Pengajaran
  1. Kita hendaklah menyayangi anggota keluarga agar hubungan sentiasa harmoni.
  2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara.
  3. Kita perlulah memiliki semangat cinta akan negara yang tinggi.
  4. Kita perlulah memiliki wawasan dan berpandangan jauh.
  5. Kita mestilah menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan.
  6. Kita perlulah rajin melakukan sesuatu agar dapat memberikan manfaat kepada orang lain.
 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!