[Nota Komsas] Analisis Novel Di Sebalik Dinara

Cikgu Muzz
By -
0

 

Tema
Persaingan dalam dunia sains dan teknologi sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan.
 
Persoalan
  1. Kasih sayang sesama anggota keluarga.
  2. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
  3. Keberanian berhadapan dengan risiko.
  4. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan.
  5. Ketaasuban sesetengah golongan manusia mengejar nama dan kehebatan.
  6. Kepentingan kerja berpasukan.
  7. Kepentingan ilmu untuk mempengaruhi corak dan gaya pemikiran.
Watak dan Perwatakan
Farisha
  1. Farisha ialah jurutera keselamatan sistem komputer di Syarikat Secured Shell Sdn. Bhd.
  2. Bapanya ialah Karl manakala ibunya bernama Medina/Marilyn.
  3. Farisha berusia 28 tahun dan mempunyai abang angkat bernama Azraai.
  4. Farisha menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rosman dan mereka menubuhkan Syarikat Secured Shell.
  5. Farisha seorang yang pemaaf dan baik hati.
  6. Farisha seorang yang rajin untuk mendalami ilmu.
  7. Farisha seorang yang tabah.
  8. Farisha seorang yang teliti dan berhati-hati semasa membuat keputusan.
  9. Farisha seorang yang bijak.
Aqram
  1. Adik kandung Karl, semasa kecil bernama Akeem.
  2. Dia merupakan kanak-kanak cacat dan terencat akal.
  3. Aqram ialah manusia cyborg, berusia 60 tahun yang dicipta semula oleh Karl dengan umur 30 tahun.
  4. Aqram mempunyai sifat simpati/belas kasihan.
  5. Aqram seorang yang bijak.
  6. Aqram patuh akan arahan ketua.
  7. Aqram sangat bertanggungjawab semasa menjalankan tugas.
Karl
  1. Bapa Farisha, abang Aqram, suami Alia, dan kekasih Medina.
  2. Karl saintis yang berjaya kerana banyak menghasilkan penyelidikan, kajian, dan pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan.
  3. Karl menghidapi penyakit kanser usus dan berumur dalam lingkungan 60 tahun.
  4. Karl bercita-cita tinggi dalam penciptaan inovasi sainsnya.
Azraai
  1. Abang angkat Farisha dan mengalami masalah jantung.
  2. Azraai seorang yang penyayang.
  3. Azraai seorang yang bertanggungjawab.
  4. Azraai seorang yang amanah dan berpegang teguh pada janji.
Shida
  1. Shida ialah rakan serumah Farisha.
  2. Shida ditawarkan sebanyak RM40 ribu untuk menulis artikel tentang Dinara.
  3. Shida telah dijadikan sebagai orang perantara perhubungan Karl dalam keadaan bawah sedar.
  4. Shida dijadikan sebagai pengganti Farisha disebabkan mereka sebaya dan memiliki saiz tubuh yang hampir sama.
Dr. Maxi
  1. Penyelidik yang mengetuai projek unuk membangunkan sistem Dinara di Soft Lab.
  2. Bersikap kejam dan mementingkan diri sendiri.
  3. Bijak merancang strategi.
Rosman
  1. Rakan kongsi perniagaan Farisha di syarikat Secured Shell Sdn. Bhd. serta mengendalikan kerja syarikat di Senawang.
  2. Seorang yang menepati janji.
  3. Bersikap  terburu-buru semasa membuat keputusan.
Medina/Marilyn/Mummy
  1. Ibu Farisha dan kekasih Karl.
  2. Nama asalnya ialah Mariyln yang berbangsa Portugal.
  3. Seorang yang pendendam.
  4. Seorang yang berani bersaing dan pantang dicabar.
  5. Seorang yang penyayang.
Latar
Latar Tempat
  1. Lapangan Terbang Senai.
  2. Hotel Renaissance.
  3. Soft Lab, Cyberjaya.
  4. Rumah Karl di Puchong.
  5. Hospital Putrajaya.
  6. Makmal B.
  7. Hentian Pagoh.
  8. Port Dickson.
 
Latar Masa
  1. Waktu pagi.
  2. Waktu petang.
  3. Waktu malam.
  4. Lima belas saat.
  5. 20 tahun.
  6. 26 tahun.
  7. Tiga hari.
  8. 30 tahun yang lalu.
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat yang mementingkan diri.
  2. Masyarakat saintis yang banyak menjalankan penyelidikan.
  3. Masyarakat yang mahir mengendalikan komputer.
  4. Masyarakat yang berpendirian tegas semasa membuat tindakan.
  5. Masyarakat yang berani membongkar rahsia.
  6. Masyarakat yang menjadi bahan uji kaji.
  7. Masyarakat yang bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
  8. Masyarakat yang baik hati dengan memaafkan kesalahan orang lain.
  9. Masyarakat yang penyayang.
  10. Masyarakat yang bersifat prihatin dan belas kasihan terhadap orang lain.
Gaya Bahasa
  1. Simile. Contohnya, bagaikan digeser sembilu, seperti orang hilang akal, dan macam nak demam.
  2. Personifikasi. Contohnya, angin dingin berhembus kuat, hanya bunyi dari radio teksi yang menyulamkeheningan, dan tangisnya menggila.
  3. Hiperbola. Contohnya, hati Shida meronta-ronta ingin kembali membaca tentang Medina dan Api kemarahan menyala-nyala di matanya.
  4. Metafora. Contohnya, benih kasih sayang dan alam lena.
  5. Peribahasa. Contohnya, bagai anjing dengan kucing, seperti langit dengan bumi, dan anak angkat.
Nilai
  1. Kebijaksanaan.
  2. Baik hati.
  3. Kerjasama.
  4. Kasih sayang.
  5. Kegigihan.
Pengajaran
  1. Kita hendaklah bijak memanfaatkan teknologi dengan sebaik-baiknya
  2. Kita hendaklah bersifat baik hati dan pemurah.
  3. Kita mestilah menyayangi anggota keluarga.
  4. Kita hendaklah gigih berusaha hingga berjaya.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!