[Nota Komsas] Analisis Novel Jendela Menghadap Jalan

Cikgu Muzz
By -
0
 


Tema
Tema novel ini ialah kecekalan seorang gadis semasa menempuh berbagai-bagai ujian dan rintangan.
 
Persoalan
  1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak kandungnya.
  2. Persoalan persaingan antara perubatan tradisional dengan rawatan moden.
  3. Persoalan permasalahan permuafakatan untuk mencapai kata sepakat.
  4. Persoalan suami/bapa yang kejam dan tidak bertanggungjawab.
  5. Persoalan ketaatan seorang anak terhadap perintah ibu bapanya.
  6. Persoalan amanah untuk menjalankan tanggungjawab.
  7. Persoalan keganasan dalam rumah tangga.
  8. Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
Watak dan Perwatakan
Lili
  1. Bapanya seorang guru manakala ibunya bertugas sebagai pekerja syarikat cari gali minyak.
  2. Dia berusia 17 tahun.
  3. Lili berambut panjang dan memiliki tubuh yang kecil.
  4. Bersifat pendiam yang diwarisi daripada sifat ayahnya.
  5. Lili merupakan murid Tingkatan Lima dan sedang menuntut di sebuah Sekolah Menengah Jenis KebangsaanCina.
  6. Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
  7. Lili amat menyayangi ibu dan bapanya. Lili sering  kali mempertahankan maruah ibunya apabila datuknya memperkatakan sesuatu perkara yang kurang elok tentang ibunya itu.
  8. Lili bertanggungjawab apabila menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Datuk/Haji Abdul Rahman
  1. Seorang pengamal perubatan tradisional yang disegani di Kampung Sentosa.
  2. Beliau merupakan suami kepada Hajah Aisyah Tan Abdullah dan mempunyai cucu, Lili.
  3. Beliau berusia lebih 70 tahun.
  4. Beliau berasal dari Kalimantan sebelum berpindah-randah dari satu tempat  ke satu tempat dan akhirnya menetap di Kampung Sentosa, Dungun, Terengganu.
  5. Seorang yang alim dan kuat beribadat
  6. Beliau berpengetahuan luas dalam bidang perubatan tradisional.
  7. Datuk bersabar dengan tuduhan orang kampung yang mengaitkannya dengan wakil pemaju yang ingin membelitanah orang kampung.
  8. Beliau seorang yang penyayang apabila beliau merasaikehilangan ibu Lili yang banyak menghabiskan masamudanya belajar di luar negara dan bekerja di ibu kota.
Geetha
  1. Seorang gadis berbangsa India.
  2. Berumur 19 tahun dan merupakan anak gadis Letchumi.
  3. Bermata jernih, berbibir nipis dan merah serta memiliki tubuh yang kecil.
  4. Pelajar tahun pertama dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
  5. Bergiat aktif dan meminati aktiviti lasak sejak di bangku sekolah menengah seperti mendaki gunung, merunut hutan, dan eksplorasi gua.
  6. Peramah dan mudah mesra.
  7. Seorang yang menepati janji.
Danel/Danel William
  1. Seorang pemuda berbangsa Cina.
  2. Anak bongsu kepada William Ng.
  3. Mempunyai seorang abang yang bernama Sugi.
  4. Masih belajar di Kuala Lumpur.
  5. Meminati bidang kulinari, iaitu masakan berasaskan pisang.
  6. Meminati bidang penulisan dan menghasilkan banyak artikel serta rencana.
  7. Meminati aktiviti lasak seperti memanjat gunung.
Nenek/Hajah Aisyah Tan Abdullah
  1. Isteri kepada Haji Abdul Rahman.
  2. Berbangsa Cina kerana berasal Tanah Besar China.
  3. Ibu kepada ibu Lili dan nenek kepada  cucunya, Lili.
  4. Mengikut bapanya berhijrah ke Tanah Melayu ketika usianya sebelas tahun.
  5. Menghormati tetamu.
Latar
Latar Masa
  1. Tempoh dua minggu pada Ogos 2008, Disember 2008.
  2. 42 tahun yang lalu.
  3. Musim cuti persekolahan.
  4. Musim tengkujuh/hujan.
  5. Waktu siang.
  6. Waktu awal pagi/subuh.
  7. Waktu pagi.
  8. Waktu tengah hari.
  9. Waktu petang.
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat yang prihatin terhadap isu keganasan rumah tangga.
  2. Masyarakat yang berdedikasi ketika menjalankan tugas.
  3. Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan.
  4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.
  5. Masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga berjaya dalam hidup.
  6. Masyarakat yang hormat-menghormati antara satu dengan yang lain tanpa mengira kaum dan agama.
  7. Masyarakat kampung yang menyara kehidupan dalam bidang pertanian dan kerja-kerja kampung
Latar Tempat
  1. Kampung Sentosa.
  2. Pekan Sentosa.
  3. Rumah Datuk/Haji Abdul Rahman.
  4. Rumah Lili di Kuala Lumpur.
  5. Rumah Che Jah.
  6. Puncak Bukit.
  7. Jeti nelayan.
  8. Gaya Bahasa
Gaya Bahasa
  1. Personifikasi. Contohnya, Sehinggalah jam lonceng di tepi katil menjerit dengan kuatnya., … tapi yang pastiaku dapat merasai, jauh di sudut hatiku terpancar nilainilai seni yang sengaja dirumitkan, dan tidak tumpah ke pipinya.
  2. Simile. Contohnya, kencang, seperti nafas orang diserang asma, aku gerun melihat tangannya yang kecut macam lobak, kedatangannya dengan mesra, tapi bagaikan kaset rosak, dan kampung ini ibarat seekor ular yang sangat berbisa macam ular tedung.
  3. Metafora. Contohnya, perut bas ekspres, garis kebimbangan, dan basikal tua.
  4. Peribahasa. Contohnya, minta diri, buah tangan, menjaga tepi kain orang, dan biar lambat asalkan selamat.
Nilai
  1. Kasih sayang.
  2. Tanggungjawab.
  3. Bijaksana.
  4. Belas kasihan.
  5. Kesabaran.
  6. Keadilan.
  7. Keberanian.
Pengajaran
  1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupan.
  2. Kita hendaklah bersikap jujur dan berterus terang.
  3. Kita mestilah bersabar ketika menghadapi cabaran dalam kehidupan.
  4. Kita mestilah gigih dan tekun ketika mempelajari satusatu bidang. Contohnya, Lili gigih mempelajari bahasa asing sehingga dia boleh bertutur dalam bahasa.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!