[Nota Komsas] Analisis Novel Pantai Kasih

Cikgu Muzz
By -
0
 


Tema 
Ketabahan seorang wanita dalam menghadapi cabaran dan tekanan hidup dalam usahanya melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui fikirannya.
 
Persoalan
  1. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anakkandungnya.
  2. Persoalan dendam kesumat yang merosakkan kehidupan masyarakat.
  3. Persoalan kenangan pahit yang mengubah personaliti seseorang.
  4. Persoalan amanah ketika menjalankan tanggungjawab.
  5. Persoalan ketegasan ketika membuat satu-satu keputusan.
  6. Persoalan keinsafan daripada kesalahan masa lalu.
Watak dan Perwatakan
Raiha/Doktor Raiha
  1. Bapanya seorang doktor bedah manakala ibunya bertugas sebagai jururawat.
  2. Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya.
  3. Raiha berusia dalam pertengahan tiga puluhan.
  4. Raiha berambut ikal separas bahu, berkulit cerah, dan memiliki tubuh yang semampai tinggi.
  5. Dia berkahwin dengan Doktor Sadiz, lelaki berstatus duda beranak dua.
  6. Dia bertugas sebagai seorang doktor perubatan di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
  7. Ibu kepada Rohayu, seorang kanak-kanak perempuan yang menghidap sindrom Down.
Doktor Sadiz
  1. Seorang pakar perunding pembedahan terkemuka  di Hospital Kinabalu.
  2. Doktor Sadiz berstatus duda beranak dua sewaktu mengahwini Raiha.
  3. Dia berusia lebih lanjut berbanding dengan bapa Raiha dan dipanggil Pak Usu oleh anak saudaranya.
  4. Doktor Sadiz meninggal dunia akibat terbakar di dalam kereta yang dipandunya yang melanggar belakang lori minyak petrol yang terhenti secara tiba-tiba.
  5. Bapa kandung kepada Rohayu.
  6. Adik bongsu Datu Ontong dan merupakan bapa saudara Doktor Uwang.
  7. Doktor Sadiz bersikap angkuh apabila tidak menerima kelahiran bayinya yang cacat disebabkan statusnya sebagai seorang pakar perunding pembedahan yang terkenal.
Doktor Uwang
  1. Pemilik Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) dan seorang pakar pembedahan.
  2. Pernah bertugas di Hospital Kinabalu sebelum mengambil keputusan berhenti kerja dan membuka pusat rawatansendiri.
  3. Pernah bertugas sebagai guru demostrator dalam bidang anatomi dan mengajar Raiha dalam bidang pembedahan di sebuah institusi tinggi tempatan.
  4. Memiliki rupa paras yang kacak dan segak  serta bertubuh sederhana.
  5. Berusia dalam pertengahan empat puluhan.
  6. Anak Datu Ontong dan merupakan anak saudara kepada Doktor Sadiz.
  7. Mengalami kecederaan parah hingga menyebabkan kakinya lumpuh akibat terlibat kecuaiannya merempuh tembok garaj PRPK.
  8. Mempunyai wawasan yang tinggi.
Felicia Landosi
  1. Seorang ketua jururawat dengan gelaran Sister di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
  2. Merupakan seorang anak yang lahir daripada hubungan yang tidak sah ibunya dengan kekasihnya.
  3. Mengalami masalah ketagihan ubat batuk yang diperoleh secara percuma di farmasi PRPK akibat berbagai-bagai tekanan hidup yang dialaminya.
  4. Bersikap acuh tidak acuh dalam melaksanakan tugas.
  5. Mengalami tekanan emosi yang kritikal.
Unong Siron
  1. Seorang pesakit yang sedang menjalani rawatan penggantian sendi pinggul di Pusat Rawatan Pantai Kasih(PRPK).
  2. Masih bujang.
  3. Berambut panjang.
  4. Mempunyai kelulusan sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat dan bakal melanjutkan pelajaran di negara.
  5. Berwajah kurus cengkung dan sepucat mayat.
Latar
Latar Tempat
  1. Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK).
  2. Bilik rehat PRPK.
  3. Ruang dapur PRPK.
  4. Kondominium mewah di Inanam.
  5. Kelab malam eksklusif.
  6. Banglo Doktor Uwang.
  7. Rumah bapa Raiha.
Latar Masa
  1. Berlaku dalam jangka masa 10 tahun.
  2. Musim kemarau panjang.
  3. Waktu siang.
  4. Waktu petang.
  5. Waktu malam.
Latar Masyarakat
  1. Masyarakat yang berpendidikan tinggi.
  2. Masyarakat yang berdedikasi ketika menjalankan tugas.
  3. Masyarakat yang penyayang.
  4. Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap kesihatan keluarga.
  5. Masyarakat yang tekun dan rajin belajar sehingga berjaya dalam hidup.
  6. Masyarakat yang hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira pangkat atau darjat.
Gaya Bahasa
  1. Personifikasi. Contohnya, Raiha terpukul bisu, dan Alangkah letihnya jiwaku.
  2. Simile. Contohnya, Bagaikan cuba membaca isi hati dan mendengar degupan jantungnya, Felicia menyentak sedikit, merasai seperti tersengat kala jengking.
  3. Metafora. Contohnya, Jauh di lubuk hatinya, Kecut tali perutnya.
  4. Peribahasa. Contohnya, anak kandung dan air muka.
  5. Sinkope. Contohnya, “Awak terhidu tak bau itu?”, dan“Felicia, saya terfikir-fikir saja tentang jawatanmudi PRPK itu.”
Nilai
  1. Hemah tinggi.
  2. Kerajinan.
  3. Kegigihan.
  4. Rasional.
Pengajaran
  1. Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalamkehidupan.
  2. Kita perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang
  3. diamanahkan.
  4. Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas.
  5. Kita hendaklah simpati dan belas kasihan kepada orang
  6. yang bernasib malang.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!