Syarat & Panduan Permohonan Kata Alu-Aluan YB Menteri Pendidikan Untuk Majalah Sekolah

Cikgu Muzz
oleh -
0
 


Sidang redaksi majalah sekolah merupakan antara pasukan yang sering bekerja di belakang tabir meskipun ketika musim cuti persekolahan. Bagi mereka yang terlibat dalam penerbitan majalah sekolah, permohonan mendapatkan kata alu-aluan Yang Berhormat Menteri Kanan Pendidikan boleh dibuat terus kepada Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
 
Permohonan perlu dibuat menerusi e-mel kepada Puan Siti Aishah @ Siti Esah Othman (aishahothman@moe.gov.my) dan salinan kepada Cik Noorsusila Binti Saidin (noorsusila@moe.gov.my); perlu diingatkan kepada pemohon untuk menyatakan untuk perhatian Ketua Seksyen Pengurusan Aduan dan Khidmat Pelanggan.
 
Beberapa syarat ditetapkan oleh KPM dalam menggunakan kata alu-aluan YB Menteri Kanan Pendidikan dalam penerbitan majalah sekolah. Antaranya:
  1. Mengutamakan bahasa kebangsaan sepenuhnya.
  2. Hanya untuk kegunaan seperti dalam surat permohonan sahaja.
  3. Kebenaran hanya untuk terbitan eidisi yang dipohon dan permohonan baharu perlu dibuat semula untuk edisi berikutnya.
  4. Satu salinan PDF mock-up majalah perlu diserahkan kepada UKK KPM bagi penilaian akhir sebelum cetakan.

Catat Ulasan

0Ulasan

Catat Ulasan (0)