LengQuas, jenama makanan sejuk beku keluaran KOPETRO
Food Sdn. Bhd., memperkenalkan tujuh menu makanan baharu baru-baru ini. Menurut
Pengerusi KOPETRO Food, Datuk Haji Abdul Razak Bin Hussain, pihaknya telah
mendapat permintaan yang tinggi bagi produk-produk LengQuas sepanjang Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), lebih-lebih lagi sejak mereka menawarkan perkhidmatan
penghantaran kepada pelanggan-pelanggan sekitar Lembah Klang.
Menghidangkan lima menu tradisional seperti Daging
Lemak Kuning, Kari Daging Berkentang, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging
Dendeng, LengQuas turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa, Beef Stew dan
Chicken Herb Glaze.
Mula memasuki pasaran
tempatan sejak tahun 2019, LengQuas menawarkan 17 hidangan lauk-pauk
tradisional iaitu Paru Goreng Berlada, Ayam Masak Merah, Ayam Percik, Daging
Masak Hitam, Sambal Ikan Bilis, Ayam Masak Hitam dan Ayam Rendang, selain
makanan Ready To Eat (sedia dimakan) seperti Nasi Lemak Ikan
Bilis, Nasi Briyani Ayam Rendang, Nasi Briyani Ayam Merah, Nasi Minyak Ayam
Percik, Nasi Hujan Panas Ayam Kurma, Nasi Putih Daging Masak Hitam dan
Nasi Ayam Kukus.
Selain memasarkan
sendiri produk sejuk beku dengan jenama LengQuas, Datuk Haji Abdul Razak turut
memberitahu bahawa KOPETRO Food menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran
makanan dan membuka peluang perniagaan kepada Pengusaha industri kecil
dan sederhana untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food. KOPETRO Food juga telah
melantik seramai 153 orang ejen jualan di setiap negeri antaranya, Selangor,
Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik lagi ejen-ejen negeri lain untuk
mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia. Pemillik
perusahaan kecil dan sederhana yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut
tentang kerjasama dengan KOPETRO Food dalam membangunkan produk makanan mereka
atau ingin menjadi ejen LengQuas boleh berhubung terus dengan KOPETRO Food Sdn.
Bhd. di talian 017-319 5764.
Menurut Encik Ahmad
Azizul Mashud, Ketua Operasi KOPETRO Food, kesemua produk LengQuas telah
berjaya mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan
Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia selain pensijilan HALAL,
MESTI dan Buatan Malaysia.
Terkini LengQuas,
jenama makanan sejuk beku keluaran
KOPETRO Food Sdn. Bhd. menawarkan diskaun 10% kepada semua produk sejuk beku
miliknya. Untuk info lanjut mengenai LengQuas dan mengetahui promosi-promosi
terkini daripada LengQuas, ikuti akaun @lengQuas di Facebook, Instagram,
Twitter dan Tiktok atau hubungi hotline LengQuas di talian 017-319 5764.
7 Menu Baharu; LengQuas Tawar 10% Diskaun Untuk Semua Produk
oleh -
Disember 24, 2020
2
Tags:
Bagus ini.
BalasPadamBagus lah.
BalasPadam