Latihan Rumusan SPM KSSM: Keluarga Bahagia

Cikgu Muzz
By -
0


BAHAN 1: PETIKAN TEKS

Baca petikan di bawah dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal.

    Keharmonian hidup dalam keluarga memberikan impak yang besar kepada institusi kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana keluarga yang bahagia membolehkan ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan sempurna sekiranya institusi kekeluargaan diikat dengan pertalian ukhuwah dan silaturahim yang mapan. Institusi kekeluargaan sewajarnya hidup dalam suasana harmoni dan bertolak ansur, sekali gus saling mempercayai dan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah negara. Impak seterusnya, ibu bapa dapat menumpukan kerjaya tanpa sebarang kebimbangan dan gusar akan hal-hal rumah tangga.

    Selain itu, seandainya sesebuah keluarga itu bahagia sudah tentu anak-anak mempunyai nilai moral yang baik. Hidup tidak boleh keseorangan, sebaliknya hidup memerlukan interaksi sosial yang ditanggung bersama sebagai khalifah di muka bumi  ini. Oleh itu, keluarga bahagia akan menjadi pemangkin untuk mengekalkan keharmonian negara. Seterusnya, kerukunan hidup dalam berkeluarga boleh mewujudkan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga. Komunikasi yang baik akan mengelakkan daripada berlakunya pertengkaran.

    Di samping itu, hubungan keluarga juga akan menjadi lebih harmoni. Hubungan keluarga dengan masyarakat yang baik tentu saja akan memberikan hasil yang sangat baik, sehinggakan ketika kita menghadapi masalah sudah pasti mereka akan mudah membantu malah keluarga yang bahagia menyebabkan suasana kekeluargaan lebih mesra dan tenteram. Jika kita hidup dengan menjaga hubungan baik, tentu saja tidak ada ancaman daripada pihak lain. Hal ini disebabkan oleh hubungan baik itu sendiri akan memberikan impak yang sangat positif dalam kehidupan bermasyarakat. Selain itu, hubungan kekeluargaan akan semakin erat dan padu. Hal tersebut akan membuatkan kehidupan menjadi lebih damai dan juga tenteram.

    Kita perlu akui bahawa keluarga yang tidak bahagia akan menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan. Masa depan anak-anak akan terabai dan tidak terpelihara oleh ibu bapa yang berantakan. Seterusnya, akan berlaku masalah-masalah sosial seperti budaya lepak, penagihan dadah, pelacuran, perjudian dan hubungan sesama jenis.

                        (Dipetik dan diubah suai daripada rencana   Keluarga Sejahtera Lahirkan Belia, Masyarakat Sejahtera’,  oleh Jufitri Joha, Utusan Malaysia, 28 April 2018)

BAHAN 2: GRAFIK


>>> Jawapan 

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!