CADANGAN
JAWAPAN RUMUSAN SPM KSSM: KELUARGA BAHAGIA Bahan 1 Fokus 1: Kepentingan keluarga bahagia
Membolehkan ibu
bapa menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Menumpukan kerjaya
tanpa sebarang kebimbangan dan gusar.
Anak-anak
mempunyai nilai moral yang baik.
Pemangkin untuk
mengekalkan keharmonian negara.
Mewujudkan komunikasi
yang baik sesama ahli keluarga.
Hubungan keluarga
akan menjadi lebih harmoni.
Suasana kekeluargaan
akan menjadi lebih mesra dan tenteram.
Hubungan kekeluargaan
akan semakin erat dan padu.
Fokus 2: Kesan keluarga tidak bahagia
Berlakunya keruntuhan
institusi kekeluargaan.
Masa depan
anak-anak akan terabai oleh ibu bapa yang berantakan.
Berlakunya masalah sosial.
Bahan 2 Fokus 3: Sebab-Sebab Keluarga Tidak Bahagia
Ibu bapa lebih
mengutamakan kerjaya berbanding anak-anak.
Kegagalan ibu
bapa berkomunikasi apabila bersama dengan anak-anak.
Ibu bapa tidak
berusaha mewujudkan hubungan yang harmoni.
JAWAPAN LENGKAP Rumusan
membincangkan kepentingan keluarga bahagia dan sebab serta kesan keluarga tidak
bahagia. Salah satu
kepentingan keluarga bahagia ialah anak-anak mempunyai nilai moral yang baik
dan mewujudkan komunikasi yang baik sesama ahli keluarga. Seterusnya, faedah
keluarga bahagia ialah hubungan keluarga akan menjadi lebih harmoni sekali gus
suasana kekeluargaan akan menjadi lebih mesra dan tenteram. Antara sebab
keluarga tidak bahagia ialah ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya berbanding
anak-anak dan ibu bapa gagal berkomunikasi dengan baik apabila bersama dengan
anak-anak. Natijah
daripada keluarga tidak bahagia ialah berlakunya keruntuhan institusi
kekeluargaan serta mendorong masalah sosial dalam kalangan ahli keluarga.