Muat Turun Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu Versi 2.0 & QR Code
oleh -Cikgu Muzz
Februari 01, 2021
0
Penutupan sekolah
dan pelaksanaan PdPR mengubah landskap normal pengoperasian sekolah di
Malaysia. Sejak kali pertama sekolah ditutup pada 8 Mac 2020 lantaran pandemik
Covid-19, isu ini masih berlarutan hingga kini. Takwim sekolah 2021 yang
sepharusnya bermula dengan PdP bersemuka di sekolah rendah dah Tingkatan 1, 4
dan 5 di sekolah menengah sekali lagi terganggu dengan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan pertengahan Januari lalu. Justeru,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), menerusi Bahagian Pembangunan Kurikulum
(BPK) telah mengeluarkan Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0. tujuan
penjajaran kurikulum ini disediakan untuk kegunaan guru-guru ialah bagi
menjamin kesinambungan pembelajaran murid dengan lebih komprehensif. Penjajaran
kurikulum ini membabitkan penyusunan semula kandungan, pedagogi dan pentaksiran
berdasarkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. Dalam
perkongsian ini akan dikongsikan pautan untuk memuat turun fail PDF untuk
Dokumen Penjajaran Kurikulum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5. Di samping itu, QR code untuk memuat turun dan mengakses Dokumen
Penjajaran Kurikulum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5 tersebut turut disediakan. Hal ini demikian kerana, dengan
perkembangan teknologi penggunaan QR code di poket bahagian RPT dan DSKP dalam Buku
Persediaan Rekod Mengajar (BPRM) semakin luas diguna pakai oleh guru. MUAT TURUN
DOKUMEN PENJAJARAN KURIKULUM BAHASA MELAYU VERSI 2.0 Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu Tingkatan 1 Versi 2.0 Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu Tingkatan 2 Versi 2.0 Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu Tingkatan 3 Versi 2.0 Dokumen Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu Tingkatan 4 Versi 2.0 Dokumen
Penjajaran Kurikulum Bahasa Melayu Tingkatan 5 Versi 2.0