Pendahuluan Karangan SPM Faedah Bekerja Sementara Kepada Remaja

Cikgu Muzz
By -
0
 


SOALAN SPM JUN 2020
Pengalaman bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia memberikan banyak faedah. Bincangkan.

            Masa itu emas. Peribahasa ini sering kita dnegar sejak kecil lagi. Persoalannya berapa ramaikah yang menghargai masa? Ramai daripada kita yang tanpa sedar membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Pada zaman sains dan teknologi ini, remaja lebih banyak menghabiskan masa bersama peranti elektronik dengan bermain permainan video daripada melakukan perkara-perkara yang bermanfaat selari dengan usia mereka. Senario ini sebenarnya tidak sihat. Pengabdian diri kepada pelbagai aplikasi melalaikan menerusi telefon pintar sememangnya menjadi virus kepada remaja dalam menggunakan masa dengan sebaik mungkin. Kajian menyatakan 80 peratus remaja tidur bersama-sama telefon pintar di sisi mereka dan secara purata membalas 34 mesej selepas berbaring di atas katil untuk tidur. Dapatan daripada kajian ini jelas menunjukkan bahawa majoriti remaja begitu ketagih dengan peranti elektronik seperti elefon pintar. Bak melentur buluh ketika masih rebungnya, begitu juga remaja perlu dididik untuk menghargai masa sejak mereka kecil lagi. Namun, jika sudah terlepas waktu kanak-kanak, usia remaja tetap boleh digunakan untuk mengasuh anak-anak dalam menghargai masa. Pepatah ada menyatakan lebih baik memulakan sesuatu itu sedikit lewat daripada langsung tidak dimulakan sampai bila-bila. Justeru, salah satu kaedah mendidik remaja memanfaatkan masa ialah dengan mendorong mereka bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Hal ini dikatakan demikian kerana bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bukan sahaja memanfaatkan masa senggang bahkan membawa pelbagai kebaikan kepada diri remaja itu sendiri. Persoalannya, apakah faedah-faedah bekerja sementara ketika menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia kepada remaja?
Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!