[Nota Komsas] Analisis Novel Jejak Monpus

Cikgu Muzz
By -
0
 
 
 
Tema
Kegigihan seorang mahasiswa dalam membuat penyelidikan untuk menyelamatkan nyawa manusia yang diancam oleh serangan ulat bulu.
 
Persoalan
    1. Kepentingan ilmu sains dalam kehidupan.
    2. Hubungan kasih sayang dalam keluarga.
    3. Sikap dendam yang memudaratkan diri.
    4. Kepercayaan tahayul dalam kalangan masyarakat.
    5. Ketabahan dan keberanian untuk berjaya.
Watak dan Perwatakan
Zahar
    1. Anak tunggal dalam keluarga.
    2. Berumur 22 tahun.
    3. Amat menyayangi ibunya yang hidup tanpa suami.
    4. Mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap serangga sejak kecil lagi.
    5. Mengambil jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia.
Qistina
    1. Ibu kepada Zahar.
    2. Seorang yang cantik dan bergaya walaupun umurnya telah mencecah 40-an.
    3. Bekerja sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin.
    4. Guru yang berdedikasi, rajin, dan komited terhadap kerjaya.
    5. Penyayang.
    6. Pemaaf.
Profesor Dr. Baharuddin
    1. Ayah kepada Zahar dan bekas suami kepada Qistina.
    2. Seorang saintis yang terkenal di Universiti Oxford London.
    3. Berhijrah dari Malaysia selepas berpisah dengan Qistina.
    4. Kurang bertanggungjawab terhadap keluarga.
    5. Insaf atas kesalahannya.
Mawar
    1. Rakan sekuliah Zahar.
    2. Merupakan anak sulung daripada lima beradik.
    3. Seorang gadis yang cantik, lemah lembut, tertib, dan sopan.
    4. Penyayang.
Munirah
    1. Rakan sekuliah Zahar.
    2. Kuat cemburu.
    3. Menyimpan perasaan terhadap Zahar.
Latar
Latar Tempat
    1. Makmal kecil di sebelah rumah Zahar.
    2. Rumah Zahar di Kampung Maju Jaya.
    3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Yasin.
    4. Kem Kaizen.
    5. Pulau Pisang.
Latar Masa
    1. Waktu pagi.
    2. Waktu malam.
    3. Waktu petang.
    4. Waktu subuh.
Latar Masyarakat
    1. Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan.
    2. Masyarakat kampung yang menjalankan kerja pertanian dan perladangan.
    3. Masyarakat yang terdiri daripada pebagai bangsa.
    4. Masyarakat yang terdiri daripada pelajar dan guru.
Unsur Gaya Bahasa
    1. Metafora. Contohnya, lautan masa; kotak ingatan; tirai kehidupan.
    2. Peribahasa. Contohnya, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Nilai
    1. Kasih sayang.
    2. Keberanian.
    3. Kesabaran.
    4. Kebijaksanaan.
Pengajaran
    1. Kita mestilah menyayangi ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.
    2. Kita haruslah bersabar dalam melakukan sesuatu perkara.
    3. Kita tidak seharusnya menyimpan dendam terhadap orang lain.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!