[Nota Komsas] Analisis Cerpen Banjir Di Mata Emak; Antologi Baik Budi Indah Bahasa
oleh -Cikgu Muzz
Mei 19, 2021
0
SINOPSIS CERPEN BANJIR DI MATA
EMAK Watak “saya” hendak menelefon
temannya tetapi tersalah tekan nombor telefon rumah Mak Piah. Mak Piah menyangka
orang yang membuat panggilan itu ialah anaknya, Nana. Mak Piah memberitahu
“Nana” (saya) bahawa dia tidak ada bekalan makanan disebabkan banjir yang
melanda kampungnya sudah sampai ke paras dada. Mak Piah berterima kasih kepada
“Nana” kerana menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Malangnya, abang Nana yang
tinggal berdekatan tidak menjenguk Mak Piah langsung dan tidak menghiraukan
keadaan Mak Piah semasa banjir tersebut. Belum sempat “saya” hendak
memberitahu Mak Piah tentang dirinya yang sebenar, talian telefon sudah
terputus. Sudah empat hari empat malam hujan turun. “Saya” cuba menelefon Mak Piah sekali lagi tapi tiada
jawapan. “Saya” bimbang akan keadaan Mak Piah. Banjir pada kali ini telah
meragut dua nyawa. Mengikut cerita Mak Piah tadi, bekalan makanannya sudah
habis. Jiran-jirannya sudah berpindah ke pusat pemindahan mangsa banjir. Mak
Piah seorang sahaja yang tidak mahu pergi ke pusat pemindahan. “Saya” tertanya-tanya
sebab Mak Piah tidak mahu berpindah. “Saya“ membuat andaian bahawa mungkin Mak Piah
sedang menunggu kedatangan anak lelakinya. Namun begitu, menurut Mak Piah, anak
lelakinya sudah tiga bulan tidak menelefon untuk bertanyakan khabarnya. Apatah
lagi, pulang untuk menjenguk ibunya itu. “Saya” mendail nombor telefon Mak Piah sekali
lagi. Mak Piah menjawab panggilan “saya”.
Mak Piah meminta “saya” yang disangkakannya Nana agar tidak bimbang tentangnya.
Mak Piah sempat berpesan kepada “saya” agar menjaga anak dan suaminya
baik-baik. Saya” ingin bertemu dengan Mak
Piah supaya “saya” dapat melepaskan rindu terhadap ibunya yang telah meninggal
dunia. Mak Piah merindui anak-anaknya. “Saya” merindui ibunya. “Saya”
memperoleh alamat rumah Mak Piah dalam buku panduan telefon. “Saya” pergi ke
rumah Mak Piah dengan membawa makanan. Mak Piah menyambut kedatangan “saya”
dengan gembira. Kerja “saya” menjadi senang kerana Mak Piah sangat peramah.
Daripada Mak Piah, “saya” mendapat tahu bahawa Nubhan, abang Nana takut akan
isterinya, manakala Nana pula takut akan suaminya. “Saya” bertanyakan sebab Mak
Piah tidak berpindah ke pusat pemindahan. Mak Piah mengatakan bahawa semasa
banjir dahulu dia berpindah juga ke pusat pemindahan tetapi dia berasa susah.
Hal ini berlaku demikian kerana dia kerap membuang air kecil sehinggakan
kadang-kadang tidak sempat ke bilik air. “Saya” berjanji akan menemani Mak Piah
selagi banjir tidak surut. Mak Piah memeluk “saya” lantas mengucapkan terima
kasih. “Saya” mengajak Mak Piah makan. Mak Piah
bertanya sama ada Nana yang memasak makanan itu dan menyuruh “saya” menghantar
makanan tersebut. “Saya” mengangguk sambil tersenyum. “Saya” terpaksa
berbohong. Selepas makan, “saya” menolong Mak Piah mencuci dan menyimpan barang-barang
makanan yang dibawanya ke dalam peti sejuk. “Saya” minta diri untuk pulang dan berjanji
untuk datang menziarahi Mak Piah lagi. Mak Piah meminta “saya” menyampaikan
salam kepada anak perempuannya, Nana. “Saya”
demam panas selama lima hari. Setelah sihat, “saya” pergi ke rumah Mak Piah
seperti yang dijanjikannya sebelum ini. “Saya” berasa hairan apabila melihat
orang ramai membanjiri pekarangan rumah Mak Piah. Rupa-rupanya Mak Piah telah
meninggal dunia. Mak Piah tergelincir jatuh dan kepalanya cedera semasa hendak
membersihkan rumahnya selepas banjir. Nana dan Nubhan menyesal. Kata Nana dua
hari sebelumnya, Mak Piah bercerita kepada jiran-jiran Nana telah mengirim
makanan kepadanya semasa banjir. Mak Piah sangat gembira. Nana menyatakan
bahawa dia tidak pernah mengirim apa-apa kepada emaknya. Dia tidak pernah menelefon emaknya
juga kerana emaknya tidak berapa dengar. Nana mengakui betapa mulia hati
emaknya kerana sanggup berbohong kepada masyarakat untuk menjaga maruah dan
namanya. Nana amat menyesal. TEMACERPEN
BANJIR DI MATA EMAK Kehilangan sesuatu yang bermakna
meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. PERSOALANCERPEN
BANJIR DI MATA EMAK
Nasib ibu tua yang tidak
mendapat perhatian daripada anak-anak.
Kasih ibu tidak berbelah bagi.
Menyesal kemudian tiada
gunanya.
Anak-anak yang tidak
bertanggungjawab.
Rasa simpati yang wujud dalam
diri seseorang.
WATAK DAN PERWATAKANCERPEN BANJIR DI MATA EMAK “Saya”
Anak yatim piatu.
Seorang yang sensitif.
Seorang yang prihatin.
Mudah bersimpati.
Baik hati.
Terlalu merindui ibunya.
Mengambil berat terhadap
kehidupan Mak Piah.
Sanggup berbohong kerana
hendak melihat Mak Piah bahagia.
Mak Piah
Hidup seorang diri di rumah
usang di sebuah kampung.
Mempunyai dua orang anak,
iaitu Nana dan Nubhan.
Seorang yang peramah.
Seorang ibu yang penyayang.
Seorang yang taat akan perintah
Tuhan.
Kurang pendengaran.
Sangat merindui anak-anaknya.
Nana
Anak bongsu Mak Piah.
Takut akan suami.
Tidak bertanggungjawab.
LATARCERPEN
BANJIR DI MATA EMAK Latar Tempat
Kampung.
Rumah Mak Piah.
Rumah “saya”.
Tanah perkuburan.
Latar Masa
Empat hari empat malam.
Lima hari.
Ketika banjir.
Selepas banjir.
Waktu zuhur.
Waktu pagi.
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung.
Masyarakat yang prihatin.
Masyarakat yang tidak
bertanggungjawab.
Masyarakat yang mementingkan
kasih sayang.
Masyarakat yang sentiasa
mengikuti perkembangan semasa.
Masyarakat yang terlalu
merindui ibunya.
Masyarakat yang taat akan
perintah agama.
GAYA BAHASACERPEN
BANJIR DI MATA EMAK
Bahasa Arab. Contohnya, Ya Allah;
zuhur; assalamualaikum; alhamdulillah; insya-Allah.