Panduan Pelaporan PdPR Menerusi Sistem SPdPR

Cikgu Muzz
By -
0




Pandemik Covid-19 yang semakin buruk di Malaysia memaksa sekali lagi sesi persekolahan bersemuka ditutup dan PdPR diteruskan bagi semua sesi persekolahan di seluruh negara. PdPR berlangsung selama dua minggu selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, iaitu bemula 17 hingga 20 Mei 2021, sebelum sekolah ditutup dua minggu sempena cuti pertengahan penggal.

Bagi minggu kedua pelaksanaan PdPR, iaitu mulai 24 Mei 2021, pelaporan PdPR adalah menggunakan sistem SPdPR. SPdPR ialah Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah yang merupakan aplikasi pelaporan secara dalam talian. SPdPR boleh diakses menggunakan peranti desktop, komputer riba, telefon bimbit dan tablet dan sebarang pelayar sesawang seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge, dan Safari untuk mengisi SPdPR.

Sistem Pelaporan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (SPdPR) WAJIB di isi oleh semua guru selepas melaksanakan PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Berikut merupakan link untuk pengisian pelaporan PdPR tersebut untuk warga pendidikan di negeri Pulau Pinang:
 
http://sppenang.moe.gov.my
 
Sila dapatkan link daripada guru bestari sekolah masing-masing mengikut Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Tags:

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!