[Nota Komsas] Analisis Cerpen Oren; Antologi Kuingin Berterima Kasih

Cikgu Muzz
By -
0
 


SINOPSIS CERPEN OREN
Ayah “aku” gelisah kerana kucing belaannya, iaitu  Oren tidak pulang ke rumah. Sudah empat hari ayah “aku” tidak melihat kelibat Oren. Oren ialah seekor anak kucing yang telah dipungut selepas ayah “aku” melanggar ibunya sehingga mati. Oren telah menjadi sebahagian daripada anggota keluarga “aku”. Ayah “aku” dapat merasakan bahawa Oren merajuk. Hal ini disebabkan oleh kehadiran Kelabu dalam keluarga mereka. Kelabu yang lebih manja dan pandai mengambil perhatian telah membuatkan ayah “aku” dan anggota keluarganya banyak memberikan tumpuan terhadap Kelabu.
 
Kehilangan Oren membuatkan ayah “aku” berasa bersalah. Kegelisahan ayah “aku” tentang kehilangan Oren telah terbawa-bawa dalam mimpinya. Ayah “aku” bermimpi Oren telah kembali  dan dia bermanja dengan Oren. Pada keesokan harinya, ayah “aku” bertanya tentang Oren kepada anak-anaknya. Selepas diberitahu bahawa Oren masih tidak nampak kelibatnya, barulah ayah “aku” sedar bahawa dia sebenarnya bermimpi. Ayah “aku” menceritakan mimpinya itu kepada keluarganya.
 
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur sambil membawa Oren. Oren telah mati dan bangkainya ditemukan di celah pokok tua yang tumbang di taman permainan. Seluruh anggota keluarga “aku” tertumpu kepada ayah “aku”. Mata beliau kelihatan mulai berkaca.
 
TEMA CERPEN OREN
Kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.
 
PERSOALAN CERPEN OREN
      1. Kasih sayang yang melibatkan haiwan peliharaan.
      2. Kasih sayang yang berbelah bahagi telah menyebabkan wujudnya konflik.
      3. Perasaan bersalah akan dirasai dan disedari apabila berlakunya suatu kehilangan.
      4. Belas kasihan tidak hanya terhad terhadap manusia tetapi juga meliputi haiwan.
      5. Perhatian terhadap diri seseorang adalah keranakebijaksanaannya meletakkan dirinya dan mengambil hati.
WATAK DAN PERWATAKAN CERPEN OREN
Ayah “aku”
      1. Bapa kepada tiga orang anak.
      2. Suka akan kucing.
      3. Bersifat belas kasihan.
      4. Berasa gelisah dan bersalah apabila Oren tidak pulang ke rumah.
      5. Ketua keluarga yang baik.
Oren
      1. Kucing yang berbulu oren.
      2. Ibu Oren telah mati dilanggar oleh kereta ayah “aku”.
      3. Pandai membuang najisnya di tandas atau di dalam longkang.
      4. Bersikap pasif.
Kelabu
      1. Kucing yang berwarna kelabu.
      2. Menunjukkan reaksi yang lebih manja.
      3. Semasa kecil, Kelabu selalu membuang najis merata-rata tempat.
      4. Pada awalnya, Kelabu kurus dan tidak terurus.
      5. Selepas dipelihara oleh ayah “aku” dan anggota keluarganya, Kelabu semakin tembam.
LATAR CERPEN OREN
Latar Masa
      1. Hujung pertengahan Disember.
      2. Waktu malam.
      3. Waktu petang.
      4. Waktu pagi.
Latar Tempat
      1. Jalan di kawasan perumahan.
      2. Di dapur.
      3. Di bawah pokok tua yang tumbang di taman permainan.
      4. Di ruang tamu.
      5. Di ruang dapur.
Latar Masyarakat
      1. Masyarakat penyayang terhadap haiwan peliharaan.
      2. Masyarakat yang prihatin.
      3. Masyarakat yang hidup dalam keluarga harmoni.
GAYA BAHASA CERPEN OREN
      1. Simile – seperti ada yang membersihkannya
      2. Personifikasi – setiap kali mata Oren dan matanya bertemu
      3. Personifikasi – Oren cemburu akan kehadiran Kelabu
      4. Sinkope – tika (ketika)
NILAI CERPEN OREN
      1. Keprihatinan.
      2. Kebijaksanaan.
      3. Kegigihan.
PENGAJARAN CERPEN OREN
      1. Kita harus bersifat belas kasihan terhadap insan lain.
      2. Kita hendaklah prihatin dengan perkembangan sekeliling kita.
      3. Kita haruslah bersimpati terhadap masalah yang dihadapi oleh orang di sekeliling.
      4. Kita mesti mempunyai kebijaksanaan dalam kehidupan.
      5. Kita hendaklah gigih dalam melaksanakan sesuatu usaha.
Kredit: Sasbadi

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!