Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 18: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Petikan 1
Pemanduan dari Kuala Lumpur ke Cameron Highlands mengambil masa hampir tiga jam. Sepanjang laluan Tapah ke Cameron Highlands, mata disajikan dengan pemandangan yang penghijauan dan cukup mendamaikan. Kelihatan juga restoran yang menjual buah durian di sepanjang laluan mendaki ke Cameron Highlands. Apabila tiba di pusat peranginan di perbukitan itu, suhu dinginnya serendah 14 darjah Celsius seakan menggigit tulang sum-sum. Penulis memilih untuk menginap di Copthorne Cameron Highlands yang terletak di Brinchang. Di situ, terdapat replika termometer paling tertinggi di Malaysia dan telah dibenarkan oleh Malaysia Books of Records pada tahun
2015.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada “Tujuh Keunikan di Copthorne” 
oleh Azli Khairi, Dewan Siswa, Ogos 2020)
 
Petikan 2
Pada hari ini, media sosial dikatakan raja. Setiap orang yang memiliki telefon pintar dengan pencapaian Internet boleh menjadi pemberita dan pengarang walaupun mereka tidak pernah seharipun mempelajari ilmu kewartawanan. Sebagai akibatnya, kebebasan media telah mencapai tahap anarki dan mempunyai aspek negatif yang jauh lebih teruk serta merbahaya daripada media arus perdana. Perkara yang amat merisaukan bila mendapati betapa cetiknya
pemikiran pengguna media sosial dan betapa hambarnya pegangan agama dan budaya mereka.
 
(Dipetik dan diubah suai daripada “Media Sosial Dedah Kehambaran Pemikiran” 
oleh A. Kadir Jasin, Dewan Masyarakat, Ogos 2020)
 
[11 markah]

Post a Comment

0 Comments