Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Latihan Penyuntingan 19: Ejaan, Imbuhan, Istilah, Tatabahasa & Tanda Baca (Tatabahasa SPM KSSM)

 

Dalam petikan 1 terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.
 
Petikan 1
Remaja merupakan aset pembangunan negara di masa hadapan kerana merekalah pelapis kepada kepemimpinan hari ini yang akan mengetuai negara ke arah negara maju. Oleh itu, persiapan ke arah ketinggian ilmu, akhlak dan pelbagai ilmu pengetahuan perlu dilakukan bermula daripada sekarang. Murid yang merupakan generasi muda berperanan untuk mencari ilmu pengetahuan agar kejadian manusia yang berilmu pengetahuan serta menjadi modul insan yang berkualiti.
 
Petikan 2
Sabah merupakan salah sebuah negeri yang mengada penduduk berbilang-bilang kaum. Antara setengah kaum peribumi di sana adalah orang Kadazan, Bajau dan Murut. Seperti negeri-negeri di Semenanjung, Sabah juga tidak ketinggalan daripada menikmati kejayaan yang pesat selepas mencapai kemerdekaan.
 
[11 markah]

Post a Comment

0 Comments