Berdasarkan maklumat di bawah tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Berikut cikgu kongsikan dua contoh jawapan daripada murid tuisyen cikgu sebagai panduan!
Semua atlet berkumpul di tapak perhimpunan untuk majlis perasmian hari sukan sekolah yang dirasmikan oleh pengetua sekolah pada pukul 8.00 pagi. Sejurus perasmian, acara dimulakan dengan acara lari berganti-ganti. Sorakan daripada ahli rumah sukan dan ibu bapa juga kedengaran. Pada masa yang sama guru-guru bertungkus lumus melaksanakan pelbagai tugas. Tiba-tiba seorang atlet terjatuh dan mengalami kecederaan. Atlet tersebut menerima rawatan daripada guru penasihat dan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Pada hari sukan ini semua orang berasa gembira. Rumah Biru dinobatkan sebagai juara keseluruhan manakala olahragawan terbaik yang dipilih ialah Kevin.
Semua atlet berkumpul di padang sekolah untuk majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh pengetua sekolah pada pukul 8.00 pagi. Sejurus selepas perasmian acara dimulakan. Terdapat beberapa acara, iaitu lari berganti-ganti, lontar peluru dan lompat tinggi. Semua atlet mendapat sorakan daripada penyokong, iaitu ahli rumah sukan dan ibu bapa. Guru-guru bertungkus lumus melaksanakan pelbagai kerja. Tiba-tiba kawan saya tercedera dan dirawat oleh anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dengan segera. Semua orang berasa gembira pada hari sukan sekolah. Rumah Kuning diangkat sebagai juara keseluruhan. Pada tahun ini olahragawan terbaik ialah Adam manakala olahragawati terbaik pula ialah Aminah.