KARANGAN BAHAGIAN B: DOMAIN PENDIDIKAN
KUALA LUMPUR - Terlalu memilih lokasi tertentu untuk memohon pekerjaan dan mempunyai kemahiran insaniah yang rendah dikenal pasti sebagai antara punca utama siswazah di negara ini gagal mendapat pekerjaan setelah tamat pengajian, kata Kementerian Sumber Manusia. Timbalan Menterinya, Awang Hashim berkata, selain itu, kegagalan siswazah mendapat maklumat tentang kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan serta kursus yang dimiliki juga menyumbang kepada masalah tersebut.
(‘Terlalu Pilih Lokasi Kerja Antara Punca Siswazah Menganggur’
www.sinarharian.com 15 September 2020)
(Hasil tulisan pelajar tuisyen bersama-sama bimbingan Cikgu Muzz)
Pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat. Menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia, majoriti siswazah yang berumur antara 27 hingga 32 tahun masih tiada pekerjaan. Pengangguran dalam kalangan siswazah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berbanding siswazah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Kesannya adalah pelbagai implikasi buruk sperti imej negara tercalar, kadar jenayah meningkat dan menyebabkan masalah sosial. Ringkasnya, apakah punca-punca pengangguran berlaku?
Pada zaman pascakemerdekaan ini, masalah pengangguran yang berlaku dalam kalangan siswazah di negara kita semakin meningkat. Menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti Utara Malaysia sebanyak 40% graduan yang tamat pengajiaanya menghadapi masalah pengaguran. Penggangguran mendatangkan pelbagai jenis implikasi buruk yang boleh mencalarkan imej negara kita. Hal ini berlaku akibat daripada siswazah yang terjebak dalam gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan ketagihan alkohol yang akan menjejaskan kehidupan mereka. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah?
Kini, pengangguran dalam rakyat Malaysia semakin meningkat. Disebabkan pandemik Covid-19, ramai orang terutamanya golongan siswazah sukar mendapat kerja setelah tamat pengajian. Menurut kajian oleh sebuah Insitut Penganjian Tinggi Awam, bilangan pengangguran dalam kalangan siswazah naik mendadak dari tahun 2018 hingga 2021. Jika isu ini berlanjutan, negara Malaysia akan mengundang pelbagai implikais buruk. Justeru, langkah-langkah berseusai mesti dilaksanakan sebelum nasi menjadi bubur. Pesoalannya, mengapakah pengangguran berlaku dalam kalangan siswazah?
Dalam mayapada mendepani arus globalisasi tanpa limitasi ini, kadar pengangguran dalam kalangan siswazah semakin meningkat. Isu ini membimbangkan kerana aspek ekonomi negara boleh tergangguoleh kadar pengangguran yang semakin meningkat. Menurut sebuah kajian oleh Universiti Sains Malaysia, kebanyakan kes pengangguran berlaku antara umur 25 hingga 35 tahun. Kajian ini juga menyatakan bahawa lokasi penduduk padat seperti bandar Kuala Lumpur menjadi lokasi utama pengangguran. Hal ini boleh menjejaskan nama baik negara kerana siswazah yang tidak mempunyai kerja lebih terdedah kepada implikasi buruk seperti jenayah. Persoalan yang sering bermain di gawang pemikiran ialah apakah punca-punca yang menyebabkan pengangguran dalam kalangan siswazah?
Gunakan idea-idea di bawah dan huraikan menjadi ayat lengkap bagi menghasilkan sebuah perenggan isi yang gramatis.
Ayat Isi: Siswazah mahu gaji tinggi
Ayat Huraian: Tidak mahu perkerjaan dengan gaji rendah.
Ayat Contoh: Minimum mahu gaji permulaan RM3000.
Ayat Kesan: Susah dapat pekerjaan.
Ayat Ungkapan: Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
Ayat Penegasan: Sikap mahu gaji tinggi punca pengangguran meningkat.