MORFOLOGI
PERCUBAAN SPM 2023 (KUALA LUMPUR – DAERAH BANGSAR PUDU)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif perasaan. Kemudian bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif perasaan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Keluarga Sejahtera Lahirkan Belia, Masyarakat Sejahtera’,
oleh Jufitri Joha, Utusan Malaysia, 28 April 2018
[8 markah]
- Kata penguat hadapan (hadir di hadapan kata adjektif) – terlalu, paling, agak
- Kata penguat belakang (hadir di belakang kata adjektif) – sekali, benar, betul, nian
- Kata penguat bebas (hadir sama ada di hadapan atau belakang kata adjektif) – amat, sungguh, sangat
- SIFAT – cantik, lemah, kukuh, baik, jahat
- WARNA – putih, ungu, jingga, merah, kuning
- UKURAN – panjang, pendek, tebal, nipis, besar
- WAKTU – lampau, lewat, lama, segera, lambat
- JARAK – hampir, jauh, dekat, nyaris, rapat
- CARA – laju, lambat, deras, jarang, selalu
- PANCAINDERA – pedas, pahit, manis, halus, kasar
- PERASAAN – marah, gembira, sedih, rindu, takut
- BENTUK – bulat, petak, bujur, lonjong
- benci
- marah
- sayang
- bahagia
- mesra
- tenang
- takut
- Perasaan benci terhadap suaminya yang kaki pukul itu tidak dapat dibendung oleh Zaliha apabila tubuhnya sentiasa dikasari sejak mereka berkahwin dua tahun lepas.
- Ayah sangat marah akan abang apabila dimaklumkan oleh guru disiplin bahawa abang sudah ponteng sekolah selama tiga hari berturut-turut.
- Ibu sangat sayang akan adik sementelah adik satu-satunya zuriat perempuan yang ibu miliki.
- Keluarga bahagia Razlan menjadi derita sekelip mata apabila ibu bapa dan dua adiknya terkorban dalam kemalangan ngeri.
- Hubungan mesra antara Zaquan dan Melissa telah menimbulkan gosip liar di pejabat itu.
- Fakhrul hanya tenang apabila berhadapan dengan guru disiplin setelah dituduh membawa rokok ke sekolah pagi tadi.
- Kaseh amat takut sekiranya gagal dalam pelajaran kerana dia merupakan satu-satunya harapan keluarga.