Judul: Hero Qaila
Penulis: Cik Mardiah
Penerbit: RC Publications
Tahun: 2021
Bilangan Halaman: 301 muka surat
Ulasan:
Kalau bercakap tentang penulis
Cik Mardiah, sejujurnya ini karya kedua penulis ini yang saya baca. Sebetulnya,
apabila membaca buku tulisan penulis ini yang sebelumnya, sedaya mampu saya
telah mencari novel-novel tulisan beliau yang masih mampu dicari untuk
dijadikan koleksi. Susah sebenarnya nak bagi ada rasa on going bila baca
sesebuah novel. Ada novel itu rasa payah yang amat untuk dihabiskan
pembacaannya, walhal meletop di pasaran dan ramai yang suka. Biasalah kan? Lain
padang, lain belalang.
Hero Qaila merupakan tajuk buka.
Muka hadapan novel ini agak memikat hati. Mungkin sebab warna hijau kelabu,
atau entah nak beri nama apa kepada warna yang terpancar itu agak menyejukkan
mata. Satu lagi, kalau anda membayangkan heronya doktor perubatan yang merawat
manusia apabila melihat ilustrasi muka hadapan makanya tanggapan anda akan
meleset sepertinya dirasai saya kerana Eiyad sebenarnya doktor haiwan. Rasanya dalam
ratusan novel yang telah dikhatam entahlah dalam ingatan serupa tak jumpa
banyak watak doktor haiwan selain novel Acik Lana satu.
Cerita itu pada mulanya nampak
moden. Kita pun membayangkan latar di bandar dengan gaya hidup mewah dihiasi
dengan watak serupada drama Akasia projek berbilion dolar gituuu. Hahaha.
Tetapi meleset sama sekali. Tak sangka daripada seorang pisau cukur amatur
Qaila boleh terperuk dalam sebuah kampung. Lebih tragis heroin kena kerja di kandang
kambing. So, boleh bayangkan tak? Hahahah...
Tanggapan Eiyad yang negatif
terhadap Qaila yang dianggap mahu menggoda Zafri, iaitu Pak Su Eiyad tidak
boleh dipersalahkan sementelahan Eiyad sendiri mengetahui 100% kisah Qaila yang
pernah menjadi buruan Datin Saleha apabila Qaila mempunyai hubungan sulit
dengan Datuk Darus.
Persoalannya, adakah Eiyad dan Zafri
akan merebut Qaila? Bagaimana pula reputasi Qaila sebagai perosak rumah tangga
orang? Nak tahu kenalah baca sendiri.
Agak menarik apabila penulis
mengangkat watak utama perempuan aka heroin dalam kalangan siswi yang
berpendidikan tetapi sanggup mempertaruhkan maruah demi mengejar kekayaan. Namun,
bolak-balik dan turun naik jalur cerita dapat dineutralkan kembali sisi watak utamanya.
Biasalah, sudah namanya pun manusia, mana mungkin suci tanpa dosa.
Ada babak lucu. Ada babak geram.
Ada babak kasihan. Dan ada juga babak persis kata ‘Hah, padan muka, ambik hang!’.
Kalau nak tahu babak mana satu kenalah baca sendiri novel setebal 301 halaman
terbitan RC Publications ini.
Kesimpulan:
★★★★