Judul: Dasuki Bitterness In You
Penulis: Rinsya Chasiani
Penerbit: Penerbitan Rinsya Chasiani
Tahun: April 2019
Bilangan Halaman: 341 muka surat
Ulasan:
Pada asalnya saya angkut naik
novel ini atas flight, satu sebab dapat free, sebab kondisi novel ni dah banyak
bertompok kuning, jadi tak adalah pantang larang banyak sangat nak jaga buku
sebuah ni. Ceritanya dapat percuma ni sebab publisher pulangkan duit dan bagi
percuma bilamana ada masa tu saya borong terbitan RC Publications. Dasuki. Ini
nama heronya. Rasa bunyinya macam kelakar. Dalam banyak-banyak novel yang
pernah saya baca, tak pernah pula dengar nama heronya. Nama heroin pula pelik
atau rare. Abeer Hanan. Tak pernah dengar kan?
Novel ini apabila mula baca dia
ada rasa macam klise, yalah; umur makin meningkat, tapi jodoh belum melekat,
mulalah geng mak-mak ni nak bising. Itulah juga yang terjadi kepada Abeer
Hanan, sampailah ada adegan kenen-kenen untuk bertemu jodoh. tapi itulah lain
yang dirancang lain pula yang terjadi...
Pertemuan Abeer dengan hero,
iaitu Ahmad Dasuki aka Mat Ki aka Jason, hah banyak betul nama dia ni. Nak
tahun kenapa nama dia ada sampai tiga gelaran, kenalah baca novel ini sendiri. Tapi
itulah, rasa macam dah tak ada stok dan tak jumpa dah dalam pasaran. Berbalik kepada
pertemuan Abeer dan Mat Ki ni, memang sempoi dan best habis... Boleh terbayang
babak tu dalam minda meskipun dah lepas 4 bulan saya baca novel ni. Tengok dia
punya penangan, dahsyat kan?
Bab plot ni, mestilah ada twist
di sana sini. Pembaca macam boleh agak tapi akan ada potong dekat kona untuk
ubah persepsi awal pembaca. Rasa tanda tanya, keinginan untuk mengetahui apa
yang akan berlaku kepada watak-watak yang terdapat dalam novel ini akan
menjadikan pelayaran bersama-sama naskhah dengan ketebalan 341 muka surat ni
akan jadi suatu momen yang best.
Nak cerita banyak-banyak rasa
malas... Kalau nak tahu kenalah cari dan baca sendiri novel Dasuki Bitterness In
You ni, pandai-pandailah cari yang preloved ya, ataupun tunggu publisher cetak
kembali!
Kesimpulan:
★★★★