Mengumumkan ketibaan YAB Ketua
Menteri Pulau Pinang diiringi dif-dif jemputan ke Dewan Perdana, SMK Sama
Gagah.
(Selepas semua tetamu
mengambil tempat duduk)
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Amat Berhormat Tuan Chow
Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang;
Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad
Faiz Bin Fadzil, Pengerusi LKIM;
Yang Berusaha Tuan Mohd
Hafizudin Bin Mohd Ridowan, mewakili Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah;
Yang Berusaha, Tuan Haji Suhaimi
Bin Abdullah, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah;
Yang Berusaha, Puan Hajah Noraini
Binti Abdullah, Pengetua SMK Sama Gagah;
Yang Berusaha Tuan Haji Anuar
Bin Rahim , YDP Majlis Pengetua Sek. Men. SPT 1;
Yang Berusaha En Jabri Bin
Hassan, YDP Majlis Guru Besar;
Yang Berusaha, Ketua-Ketua
Jabatan;
Warga Pendidikan Pejabat
Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah;
Rakan-rakan strategik
Ibu bapa serta waris serta;
Tuan-tuan dan Puan-puan yang
dihormati sekalian.
Tersusun indah hiasan pantun,
Luahan jujur pendeta geliga;
Tirai majlis dibuka santun,
Salam dihulur tertib dijaga.
Salam sejahtera, salam Malaysia
Madani.
Selamat datang ke SMK SAMA GAGAH
bersempena Majlis Iftar Jamaie YAB Ketua Menteri bersama-sama warga pendidik
daerah SPT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua
Menteri Pulau Pinang atas kesudian meluangkan masa bersama-sama dalam Majlis
Iftar Jamaie YAB Ketua Menteri bersama-sama warga pendidik daerah SPT.
Hadirin yang budiman,
Sebagai pembuka majlis
sama-samalah kita saksikan persembahan Qasidah yang akan dipersembahkan oleh
anak-anak murid dari SMK Sama Gagah. Majlis mempersilakan.
(Persembahan Qasidah)
Hadirin yang dihormati,
Sebagai pembuka majlis,
dipersilakan Tuan Haji Suhaimi Bin Abdullah, Ketua Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Tengah untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
(Ucapan alu-aluan)
Terima kasih diucapkan kepada Tuan
Haji Suhaimi Bin Abdullah atas ucapan alu-aluan tadi.
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi;
Madah dihulur sembah diberi,
Bingkisan ucapani hajatnya kami.
Sebagai pelengkap seri majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow,
Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
(Ucapan YAB)
Terima kasih diucapkan kepada Yang
Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow atas bingkisan ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
Hadirin yang dirahmati,
Majlis akan diteruskan dengan
penyampaian tafsir Al-Quran. Bagi menyempurnakan agenda, majlis mempersilakan Yang
Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan Tuan Haji Suhaimi Bin Abdullah, Ketua
Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah untuk tampil ke atas pentas.
Dipersilakan.
Majlis dengan sukacita
mempersilakan Tuan Haji Suhaimi Bin Abdullah, Ketua Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Tengah, menyampaikan tafsir Al-Quran kepada
Dipersilakan...
(Baca senarai nama penerima
tafsir Al-Quran)
1.
SMK SAMA
GAGAH
2.
SMK GUAR
PERAHU
3.
SMK TAMAN
INDERAWASIH
4.
SMK ALMA
5.
SMK
PERMATANG PASIR
6.
SMK
PENANTI
7.
SMK TAMAN
SEJAHTERA
8.
SMK
BANDAR BARU PERDA
Majlis merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow dan
Tuan dan Haji Suhaimi Bin Abdullah atas kesudian menyampaikan tafsir Al-Quran
kepada para penerima sebentar tadi.
(Sekiranya
ada selang masa, mainkan zikir atau bacaan Al-Quran secara perlahan)
Hadirin dan hadirat yang
dimuliakan,
Tangan ditadah penuh inayah,
Majlis dibuka penuh rahmat;
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis senantiasa selamat.
Bagi memohon keberkatan MAHA
ESA, meraih keredaan-NYA agar menerima segala amal tanpa cela, majlis dengan
penuh takzim mempersilakan saudara Mohd Firas Idlan Bin Mohd Nizam (3UIAM) untuk
memimpin bacaan doa untuk memohon kerahmatan dan memanjatkan kesyukuran
bersempena iftar sebentar lagi. Dipersilakan.
(Bacaan doa)
Majlis merakam kan ucapan terima
kasih kepada saudara Mohd Firas Idlan Bin Mohd Nizam atas pimpinan bacaan doa
itu tadi.
Hening senja berlagu sunyi,
Berjalur jingga indah kayangan;
Beduk Maghrib telah berbunyi,
Selamat menyantap semua hidangan.
Daripada kami, selamat berbuka
puasa dan salam Nuzul Al-Quran.
Majlis mempersilakan saudara
Afiq Iqbal Bin Muhamad Syaful Azwan (1UIAM) untuk bersedia bagi melaungkan
azam. Dipersilakan.
(santapan berbuka puasa)
Majlis mengumumkan keberangkatan
pulang Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang
diiringi dif-dif kehormat.
Untuk makluman hadirin, solat
Maghrib bagi jemaah muslimat boleh ditunaikan di surau sekolah, manakala bagi
kaum muslimin di masjid bersebelahan sekolah.
Sampai di sini dahulu, Majlis
Iftar Jamaie YAB Ketua Menteri bersama-sama warga pendidik daerah SPT.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian puta putri;
Selesai sudah sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Sekian, wassalamualaikukm wbt.