Keputusan SPM 2024 akan diumumkan pada 24 April 2025. Seramai 402956 orang calon yang telah mendaftar dan menduduki SPM 2024 pastinya berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan penting tersebut. Semakan boleh dibuat melalui dalam talian iaitu melalui pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 10 pagi, 24 April 2025 sehingga 6.00 petang 30 April 2025.
Manakala melalui sistem pesanan ringkas, SMS pula taipkan SPM<jarak>NO.KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke15888.
Begitupun, khabarnya calon SPM 2024 tidak boleh diraikan dalam majlis istimewa sehingga membeza-bezakan seorang calon dengan calon yang lain. Keputusan SPM perlu diedarkan secara sama rata kepada semua calon, tanpa sebarang majlis, jemputan dan sidang media.
JPN PULAU PINANG telah mengeluarkan garis panduan penyerahan slip keputusan SPM 2024.
LIPUTAN MEDIA
Tiada liputan media atau jemputan media di mana-mana sekolah.
MAJLIS
Tiada sebarang majlis pada hari pengumuman.
PENGANJURAN MAJLIS
Penganjuran majlis perlu mendapatkan kelulusan daripada Pengarah JPNPP.
PENGEDARAN SLIP KEPUTUSAN
Pengedaran dibuat tanpa membezakan keputusan calon.
PENGLIBATAN PIHAK LUAR
Perlu mendapatkan kebenaran Pengarah JPNPP, Ruj. SPI Bil.5 Tahun 2018