Peperiksaan SPM 2024 yang bermula pada Disember 2024 dan berakhir pada Februari 2025 pastinya belum lagi lengkap sementelah keputusan SPM 2024 itu belum lagi diumumkan. Bukan sahaja guru-guru di sekolah dan ibu bapa di rumah ternanti-nanti pencapaian dan gred yang diperoleh calon SPM 2024, sebaliknya individu atau calon SPM 2024 itu sendiri pastinya berdebar-debar menantikan keputusan seiring masa yang berlalu.
Akhir-akhir ini setelah menginjak bulan April semakin kuat desas-desus tentang tarikh pengumuman keputusan SPM 2024 mula kedengaran khususnya dalam media sosial.
Barangkali mereka yang meramalkan April sebagai tarikh pengumuman keputusan SPM 2024 mengambil kira selang masa mulanya peperiksaan bertulis dan keputusan peperiksaan SPM diumumkan pada edisi 2023.
Untuk rekod peperiksaan bertulis bagi SPM 2023 bermula pada 30 Januari 2024 manakala keputusan SPM 2023 diumumkan pada 27 Mei 2024. Bagi SPM 2024 pula peperiksaan bertulis bermula pada 2 Januari 2025, iaitu 28 hari lebih awal berbanding tahun sebelumnya; justeru jika mengikut logik diawalkan 28 hari tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan berbanding SPM 2023, maka tarikh 24 April 2025 dan 29 April 2025 muncul sebagai tarikh berpotensi untuk keputusan SPM 2024 diumumkan.
Berikut dikongsikan tarikh keputusan SPM diumumkan dalam tempoh waktu 10 tahun terkini. Nampaknya hari Khamis mendominasi tarikh keputusan SPM diumumkan, ya! Adakah 24 April 2025 seperti yang disebutkan di atas kerana hari Khamis? Jeng.. Jeng.. Jeng..
- SPM 2014 – 3 MAC 2015 - SELASA
- SPM 2015 – 3 MAC 2016 - KHAMIS
- SPM 2016 – 16 MAC 2017 - KHAMIS
- SPM 2017 – 15 MAC 2018 - KHAMIS
- SPM 2018 – 14 MAC 2019 – KHAMIS
- SPM 2019 – 5 MAC 2020 – KHAMIS
- SPM 2020 – 10 JUN 2021 - KHAMIS
- SPM 2021 – 16 JUN 2022 – KHAMIS
- SPM 2022 – 8 JUN 2023 – KHAMIS
- SPM 2023 – 27 MEI 2024 – ISNIN
Apa-apapun, kepada semua calon SPM 2024, ibu bapa dan waris nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia berkenaan tarikh pengumuman keputusan SPM 2024. Jangan percaya sangat khabar angin dan berita tidak sahih yang dikongsikan menerusi media sosial.
Doakan terbaik untuk diri sendiri. Insya-Allah doa cikgu sentiasa ada buat kalian khususnya yang berkunjung ke blog cikgu untuk mencari ilmu pengetahuan, bimbingan dan panduan. Selamat maju jaya buat calon SPM 2024.