KAJIAN AWAL
Sebelum temu duga, pastikan anda melakukan penyelidikan tentang IPG yang anda mohon. Fahami visinya, misi dan nilai yang diterapkan oleh institusi tersebut.
KENALI PROGRAM YANG DITAWARKAN
Ketahui lebih lanjut tentang program pengajian yang ditawarkan termasuk bidang pengajian, jangka masa dan syarat-syarat kelulusan.
SOALAN UMUM DALAM TEMU DUGA IPG
Soalan Berkaitan Keinginan Menjadi Guru: Sediakan jawapan yang baik untuk soalan seperti ”Mengapa anda mahu menjadi guru?” atau ”Apa yang memotivasikan anda untuk menceburi profesion perguruan?”
Soalan Berkaitan Kemahiran Interpersonal: Anda juga mungkin ditanya mengenai cara-cara anda berinteraksi dengan orang lain, seperti “Bagaimanakah anda menangani konflik dalam Kumpulan?”
Soalan Berkaitan Pengetahuan Pendidikan: Persiapkan diri dengan mengetahui dasar Pendidikan terkini dan isu semasa dalam Pendidikan di Malaysia.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI YANG JELAS DAN TEPAT
Bahasa yang Mudah Difahami: Pastikan anda dapat berkomunikasi dengan jelas, tepat dan sopan. Elakkan penggunaan bahasa yang terlalu teknikal atau sukar difahami.
Jangan Terlalu Teruja atau Cemas: Kawal kegelisahan dan bercakap dengan tenang dan penuh keyakinan. Jika anda tidak faham soalan, jangan ragu untuk bertanya semula dengan sopan.
TUNJUKKAN KOMITMEN DAN MINAT TERHADAP PENDIDIKAN
Keinginan untuk Mengajar: Tunjukkan bahawa anda benar-benar berminat dalam pendidikan dan mempunyai komitmen yang kuat untuk membantu pelajar berkembang
Keinginan untuk Belajar dan Meningkatkan Diri: Jelaskan bahawa anda sentiasa bersedia untuk belajar dan meningkatkan diri dalam bidang pendidikan.
TAMPILKAN SIFAT KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN
Kepimpinan: Sebagai guru, kepimpinan adalah kunci utama. Ceritakan pengalaman anda yang menunjukkan kepimpinan seperti memimpin projek atau aktiviti di sekolah.
Kerja Berpasukan: Guru perlu bekerja dalam kumpulan yang melibatkan pelajar, ibu bapa, dan kakitangan sekolah. Kongsi contoh-contoh pengalaman kerja berpasukan yang menunjukkan kemampuan anda untuk bekerja dalam persekitaran yang kolaboratif.
BERSEDIA UNTUK SESI DEMONSTRASI PENGAJARAN
Demonstrasi Pengajaran: Dalam beberapa kes, anda mungkin diminta untuk memberikan demonstrasi pengajaran secara langsung. Persiapkan bahan pembelajaran yang jelas, menarik dan sesuai dengan subjek yang ditetapkan.
KAJI GAYA PEMBELAJARAN DAN KELAS ANDA
Fahami Gaya Pembelajaran Pelajar: Pelajar mempunyai pelbagai gaya pembelajaran seperti visual, auditori dan kinestetik. Tunjukkan bahawa anda tahu bagaimana untuk menyesuiakan pendekatan pengajaran anda mengikut keperluan pelajar.
Pengurusan Kelas: Ceritakan strategi anda dalam menguruskan bilik darjah dan memastikan kelas berjalan lancar serta penuh dengan interaksi.
BERPAKAIAN PROFESIONAL
Penampilan Menarik: Pastikan anda berpakaian kemas, sopan dan profesional. Gunakan pakaian yang sesuai dengan budaya pendidikan dan menjaga imej diri.
Pentingnya Imej Diri: Pakaian yang bersih dan kemas memberikan kesan pertama yang baik yang sangat penting dalam bidang perguruan.
SIKAP POSITIF DAN PERCAYA DIRI
Tunjukkan Sikap Positif: Pastikan anda datang dengan semangat positif dan menunjukkan keinginan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat pendidikan.
Percaya Diri: Tunjukkan keyakinan dengan bahasa tubuh yang baik, senyuman dan kontak mata. Ini akan memberi gambaran bahawa anda bersedia menghadapi cabaran sebagai seorang pendidik.
BERLATIH SEBELUMNYA
Simulasi Temu Duga: Lakukan latihan temu duga bersama-sama rakan atau keluarga untuk meningkatkan keyakinan dan mengasah jawapan anda.
Bersedia dengan Soalan Berkaitan Amalan Profesional Perguruan: Latih diri anda untuk memberikan jawapan yang lebih mendalam dan terperinci tentang pendidikan, nilai guru, serta bagaimana anda boleh memberi impak di dalam kelas.
Mantap tips ni. Ingat lagi aku pernah dihalau keluar sebelum masuk dewan UKCG sebab pemakaian tidak ikut peraturan.
BalasPadam