Judul: Iskandar His Bastard Fiance
Cerita ni ada sedikit kaitan salah silah keturunan watak utamanya dengan watak-watak dalam novel terdahulu karya Cik Bawang. Sebenarnya, naskhah ini diberikan secara percuma sahaja kepada pembeli terawal yang menempah prapesanan untuk sebuah lagi novel karya Cik Bawang berjudul Fateh Hayden Mr. Heartless. Iskandar Her Bastard Fiance ni kalau dibaca rasa smooth saja. A simple love story. Cinta pandang pertama, lebih kurang begitulah.
Kisah antara Iskandar dan Lily dalam naskhah percuma ini pendek sahaja, dalam 154 muka surat sahaja. Sebab itulah buku percuma ini dicapai untuk dibaca. Sejujurnya kalau anda mengikut semua buku-buku terdahulu tulisan Cik Bawang, mungkin watak yang berkait dalam cerita ini akan lebih seronok dihayati. Walaupun tak ganggu cerita dan pemahaman cerita tetapi pasti akan ada rasa memori flashback dan throwback dengan nama-nama hero dan heroin buku terdahulu yang disebut dalam novel ini.
Cerita pendek ini mengadun sisi berbunga antara Lily dan Iskandar sehinggakan mampu menguntum senyuman pembaca. Namun, entah apa yang terjadi, rahsia diri Iskandar tetap menjadi rahsia sehinggakan pertunangan antara Lily dan Iskandar bertukar luka dan pengakhirannya tergantung begitu sahaja. Pada akhirnya, ada ditulis sambungan kisah ini yang akan muncul dalam naskhah berjudul Lily His Forbidden Flower.
★★★

