Info Semasa

6/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Servis Pengiklanan

 

Pengiklanan menerusi blog merupakan salah salu cara marketing yang digunakan sekian lama. Terdapat dua kaedah pengiklanan menerusi blog, iaitu melalui penulisan ulasan tentang produk atau perkhidmatan dan iklan menerusi gambar yang lebih dikenali sebagi banner ads.
 
Dalam blog ini kedua-dua iklan sama ada review ads dan banner ads dibuka kepada klien. Namun  sukacita dimaklumkan adalah lebih baik untuk anda melihat kekuatan dan kelebihan blog ini bagi memastikan pelaburan yang anda buat untuk pengiklanan menerusi blog ini berbaloi.
 
Kenapa anda perlu pilih blog ini untuk marketing produk anda?
Ini merupakan analisis data blog pada bulan Ogos 2021. Paparan data menunjukkan dalam tempoh 31 hari untuk bulan Ogos, terdapat lebih 500 ribu page views atau hits dan lebih 100 ribu pembaca yang melihat blog ini dalam tempoh 1 bulan.
Satistik Blog Berdasarkan Google Analytics
Berikut merupakan statistik pengunjung blog (users) dan paparan blog (page views / hits) blog ini dari Januari 2021 hingga Ogos 2021. Data menunjukkan pengunjung dan jumlah bacaan semakin bertambah. Bahkan pengunjung baharu juga semakin meningkat, di samping pengunjung berulang.


Bagi Banner Ads, hanya saiz tertentu ditawarkan mengikut kesesuaian paparan blog. Iklan banner akan dipaparkan dalam blog seperti berikut apabila menggunakan skrin besar seperti laptop dan dekstop.


Disebabkan ramai pengguna masa kini mengkases blog menerusi peranti pintar seperti tablet, telefon pintar Android, iPhone, iPad, iPad Mini, Smasung Tablet, Huawei Smartphone, dan lain-lain maka blog ini telah dibangunkan menepati peraturan mesra mobiliti. Ini bermakna paparan iklan yang dilihat akan menepati ruang skrin mengikut device pengguna untuk paparan terbaik untuk lebih klik.
 
SYARAT PENGIKLANAN
Bukan iklan yang memperdayakan pelanggan.
Bukan iklan berbentuk skim cepat kaya.
Tidak melanggar akta pengiklanan terutamanya melibatkan ubat-ubatan.
Iklan yang disiarkan adalah 100% tanggungjawab pengiklan sendiri.
Pihak penyiar tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana salah faham informasi yang disiarkan.
Iklan boleh dihentikan serta-merta tanpa notis jika mana-mana syarat dilanggar, dan tiada wang yang akan dikembalikan.
 
SERVIS ATAU BENTUK PENGIKLANAN
 
PENGIKLANAN BANNER
Blog ini menyediakan beberapa slot pengiklanan banner imej dalan format jepeg, png dan gif. Sloz disediakan secara eksklusif untuk saiz dan lokasi banner tertentu. Sila hubungi e-mel: engkumuzahadin@yahoo.com atau telegram: @ku_muzz  untuk diberikan rate card pengiklanan.
 
POST ENTRY (TOP & BOTTOM)
486 X 60 (BANNER)
336 X 280 (LARGE RECTANGLE)
400 X 150 (LARGE BANNER)
 
SIDEBAR
300 X 250 (MEDIUM RECTANGLE)
234 X 60 (HALF BANNER)
180 X 150 (SMALL RECTANGLE)
 
Harga ada tertakluk kepada saiz iklan, bentuk iklan (statik atau animasi), dan kedudukan paparan iklan dalam blog. Iklan hanya akan dimuat naik dalam blog setelah bayaran penuh diterima.
 
PENGIKLANAN ADVERTORIAL / REVIEW
Pengiklanan advertorial atau review bermaksud ulasan tentang produk atau perkhidmatan klien yang akan ditulis menepati ciri-ciri SEO.  Setiap post akan mengandungi gambar yang berkaitan produk atau perkhidmatan klien dan kekal dalam blog untuk tempoh minimum satu tahun atau 365 hari. Iklan review atau advertorial yang diterima termasuklah yang berkaitan dengan produk, servis, perkhidmatan, laman web, blog, fan page dan mana-mana yang sesuai selagi tidak melanggar etika dan undang-undang.
 
Pengiklanan advertorial atau review boleh dibuat berdasarkan tiga situasi, iaitu:
Pengiklan memberikan kebebasan kepada penulis untuk menyiapkan artikel.
Pengiklan memberikan draf dan artikel ditulis oleh penulis.
Pengiklan menyiapkan sendiri artikel yang hendak diiklankan.
 
Harga adalah berbeza mengikut spesifikasi. Entri hanya akan diterbitkan setelah bayaran penuh diterima.
 
SEBUT HARGA, TEMPAHAN DAN PERTANYAAN PENGIKLANAN
Jika berminat untuk membuat pengiklanan dalam blog ini, anda boleh hubungi admin menerusi e-mel: engkumuzahadin@yahoo.com  atau boleh sahaja klik pautan telegram ini @ku_muzz  untuk sebarang pertanyaan berkaitan pengiklanan.