MAKSUD SYAIR
Dengarkan tuan
suatu riwayat
Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang fakir dijadikan hikayat
Supaya menjadi tamsil ibarat
|
Pengenalan kisah
seorang raja yang memerintah Negeri Kembayat. Pengarangnya hanya mahu
dikenali sebagai fakir sebagai tanda merendah diri. Tujuan hikayat supaya
menjadi contoh dan perbandingan kepada pembaca.
|
Ada raja suatu
negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
|
Di sebuah negeri
terdapat seorang pemerintah, iaitu sultan yang gagah perkasa lagi bijaksana.
Baginda raja dahulukala yang cemerlang (pada peringkat awal sebelum dilanggar
geroda). Keadilan baginda telah menggamit kedatangan para pedagang dan orang
soleh (pelajar ilmu agama yang merantau).
|
Hairan orang
empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
|
Kegagahan dan
kelangsungan pemerintahan baginda memang mengkagumkan. Sesaat pun baginda
tidak mengalami kesusahan. Namun, tiada sesiapa yang tahu sama ada keadaan
itu akan berkekalan atau sebaliknya.
|
Seri sultan raja
bestari,
Setelah ia sudah
beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
|
Sultan yang
bijaksana bertambah berseri apabila menempuh alam perkahwinan. Selang
beberapa bulan, permaisuri pun hamil.
|
Beberapa lamanya
dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
|
Setelah beberapa
tahun memerintah negara dengan bahagia dan aman sentosa, dugaan mala petaka
datang melanda. Baginda terpaksa berundur dari istana.
|
Datanglah kepada
suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
|
Tiba-tiba pada
suatu hari muncul seekor burung raksasa melayang di ruang angkasa negeri
Kembayat. Geroda, iaitu helang besar (seperti dalam epik Hindu, Visynu:
dalam syair dieja sebagai gurda) melanggar Kembayat sehingga
menimbulkan huru-hara dan kemusnahan.
|
Datanglah
menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.
|
Geroda melakukan
serangan dengan suara yang bergema luar biasa. Sekalian rakyat negeri
Kembayat berada dalam keadaan huru-hara dan kekalutan. Seluruh negeri dilanda
duka lara dan lesu, serta rakyat bercempera tanpa arah tujuan.
|
Baginda pun
sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."
|
Ketika itu
baginda sedang bersemayam di singgahsana sambil menerima menghadap pembesar
dan rakyat jelata. Keadaan huru-hara bagaikan di medan peperangan jelas
kedengaran. Baginda bertitah dengan nada yang tegas tentang perkara cemas apa
pula yang berlaku.
|
TEMA
Cabaran yang
dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah negara.
PERSOALAN
a) Keadilan dalam pemerintahan
b) Kewaspadaan / kesiapsiagaan ketika menikmati
kesenangan
c) Kebijaksanaan / kesegeraan dalam membuat
keputusan / tindakan (saat genting)
BENTUK
Terdiri daripada 8 rangkap.
Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga
5 patah kata.
Semua baris adalah maksud.
Rima akhir aaaa.
GAYA
BAHASA
Asonansi -Pengulangan huruf vokal - Dengarkan
tuan suatu riwayat (a)
Aliterasi - Seri sultan raja bestari (s)
Bahasa klasik- akas, ngadil, halifah,
takhta
Bahasa istana - baginda, permaisuri, takhta
NILAI
Keadilan: Raja
Negeri Kembayat memerintah dengan adil (rangkap 2, baris 4)
Kewaspadaan /
kesiapsiagaan: Walaupun dilimpahi kesenangan, persediaan menghadapi keadaan sebaliknya perlu
difikirkan (rangkap 3, baris 3 dan 4)
Kebijaksanaan:
bertindak cepat menyelamatkan diri daripada huru-hara /kemusnahan (rangkap 5
dan 7)
PENGAJARAN
Kita hendaklah adil dalam memimpin sesebuah organisasi / menjalankan
amanah
Kita hendaklah berwaspada / bersiap sedia walaupun ketika senang
Kita hendaklah bijaksana / matang dalam membuat keputusan / tin
Terima kasih...
ReplyDeleteBoleh tahan
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletemantap
ReplyDeleteMacam mana k tahu maksud beroleh kedukaan eh
ReplyDelete