[Ulasan PT3] Faedah Seni Pertahanan Diri

Cikgu Muzz
By -
7
BAHAGIAN C
(15 Markah)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


          Terdapat beberapa kepentingan atau faedah seni pertahanan diri. Antaranya, dapat memupuk sikap berani dalam diri. Misalnya, seni pertahanan diri seperti karate dapat memberikan keyakinan diri sekali gus memupuk sifat berani kepada pengamalnya. Berikutnya ialah dapat meningkatkan disiplin. Hal ini demikian kerana seni pertahanan diri memerlukan latihan konsisten dan tumpuan yang maksimum ketika sesi latihan agar mahir mengendalikannya. Seterusnya, seni pertahanan diri seperti silat dapat menghidupkan warisan tradisi, malah dapat menjadi elemen menarik sama ada dalam pakej pelancongan negara ataupun ketika majlis tertentu seperti majlis perkahwinan. 

Tags:

Post a Comment

7Comments

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!